• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan

Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan

March 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEEKOR kucing jalanan yang enggan turun dari bumbung menyebabkan sebuah tren laju di England tidak dapat bergerak mengikut jadual. Haiwan itu dilihat berbaring dan berjalan atas bumbung tren Avanti West Coast di Stesen London Euston kira-kira jam 8.30 malam (waktu tempatan).

Tren itu, yang mampu mencapai kelajuan 200kmj, tidak dapat berlepas ke Manchester pada jam 9 malam, 4 Mac lalu kerana kucing tidak mahu turun. Malah, semua penumpang terpaksa menukar tren lagi untuk ke destinasi tersebut.

Beberapa petugas stesen dilaporkan saling memujuk kucing itu untuk turun yang mengambil masa hingga dua jam setengah, tetapi tetap gagal dan haiwan itu langsung tidak mahu berganjak.

BACA >>> Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen
BACA >>> #TahukanAnda: 5 Model Kereta Pernah Dipandu Lewis Hamilton, Tetapi Tidak Best

Tiada cara mudah lain boleh dilakukan kerana di atas tren itu terdapat kabel elektrik dengan arus voltan hingga 25,000v. Jadi, bagi memastikan keselamatan semua pihak, operasi tren itu terpaksa dihentikan dan jadual perjalanan ditangguhkan.

Kucing itu akhirnya turun tanpa paksaan selepas petugas stesen meletakkan satu tong sampah di tepi tren. Setakat ini, sesiapa pun tidak tahu bagaimana haiwan itu boleh naik ke atas bumbung tren.

Kami biasa hadapi masalah burung dalam stesen, tetapi sepanjang saya bertugas, inilah kali pertama seekor kucing ‘meluncur’ atas bumbung tren. Mujur semua berakhir dengan selamat.”

JOE HENDRY, Pengurus Stesen Euston Network Rail

SUMBER: TheGuardian | NetworkRail

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bullet Tren, Global, kereta aoi, Kereta Api, Kereta Api Laju, kucing, Kucing Atas Bumbung Tren, Luar Negara, tren, Tren Laju, tren tertunda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my