• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SOP Celaru, Tren LRT Bukan Lengang, Tapi Makin Sesak Sampai Penumpang Pengsan

SOP Celaru, Tren LRT Bukan Lengang, Tapi Makin Sesak Sampai Penumpang Pengsan

May 27, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGUMUMAN mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih ketat bermula minggu lalu mengundang reaksi bercampur daripada kalangan rakyat. Rata-ratanya mempersoalkan keberkesanan pelaksanaan peraturan baharu itu yang dikatakan tidak dibuat berdasarkan fakta sains.

Antara peraturan baharu dipersoalkan adalah jumlah kapasiti dan kekerapan pengangkutan awam, terutama transit aliran ringan (LRT) yang dikurangkan hingga 50 peratus. 

BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

Hehehe just incase you need a clear picture what it looks like on NORMAL WORKING DAYS 🤍🤘🏼 pic.twitter.com/cMk2SDSTtb

— am*nda (@Amandaabd_) May 26, 2021

Peraturan itu dikatakan tidak berkesan kerana ramai pekerja masih perlu menghadirkan diri ke pejabat. Kesannya, stesen LRT jadi sesak teruk kerana ramai orang berkumpul untuk menunggu kedatangan tren yang tidak sekerap dulu.

Jadi, memang masing-masing sukar melakukan penjarakan sosial dalam situasi stesen yang cukup sesak. Secara logik, tidakkah itu menambahkan lagi risiko penularan jangkitan Covid-19?

Whose brilliant idea was it again who said “gais, lets reduce public transportation 50% and insha Allah” pic.twitter.com/b9H13jiRn1

— Affan (@ahmadaffann) May 25, 2021

Pengurangan kapasiti tren pula memburukkan lagi keadaan. Agak mustahil mematuhi peraturan itu pada waktu puncak. Sudahnya, kapasiti LRT jadi lebih sesak berbanding hari biasa. Malah, ramai pengguna LRT meluahkan kekecewaan mereka di media sosial seperti Twitter kerana SOP baharu itu nyata lebih menyusahkan dan tidak jelas keberkesanannya. 

Selamat pagi. Sudahkah anda marah kepada kerajaan gagal hari ini? @MKNJPM @AskRapidKL https://t.co/KvlY843PIh pic.twitter.com/vWXn77YDW5

— S. (@imagishary) May 27, 2021

SESAK SAMPAI PENGSAN!

Kesesakan pengguna LRT mencapai kemuncaknya hari ini apabila tular gambar seorang penumpang pengsan dalam LRT. Punca dipercayai disebabkan keadaan LRT yang terlalu sesak. Jika sudah sampai tahap begitu, adakah patut kekerapan tren terus dikurangkan?

Jika Kerajaan mahu mengurangkan kapasiti tren dan memastikan penumpang menjaga jarak sosial, bukankah lebih masuk akal jika kekerapan tren ditambahkan lagi? Tidaklah masing-masing berebut hendak naik tren.

Harapnya insiden hari ini membuatkan pihak bertanggungjawab lebih peduli mengenai isu pengangkutan awam dengan melaksanakan kaedah SOP yang lebih rasional.

Risiko dijangkiti Covid-19 pun sudah cukup tinggi. Kita tidak mahulah lebih ramai penumpang pengsan dalam LRT. Pengangkutan awam sepatutnya memudahkan rakyat, bukannya menyusahkan!

BACA >>> Nahas Tren LRT: Angkuhnya Sidang Media Tajuddin, Netizen Desak Letak Jawatan
BACA >>> Pengerusi Prasarana "No Wonder" Kena Pecat!

When your ig story pictures went viral on social media 👀

Hahaha well actually this is my everyday situation. Tapi today mcm extra sikit sebab govt dah implement the 50% frequency of the train and plus we have to wait for about 10-15mins?!! Lama okay. Tu yg ada pengsan tuu 🤦🏻‍♀️ https://t.co/0UEX6JtLln

— Ashekeen Azman (@ashekeenazman) May 27, 2021

Artikel Berkaitan

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, LRT, Menteri Pengangkutan, pengangkutan awam, Pengsan dalam LRT, PKP, SOP, Transit Aliran Ringan, tren, Tren LRT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
    Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my