• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

May 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN cuma terlewat seminit, syarikat operator kereta api laju (dipanggil shinkansen) di Jepun tetap melakukan siasatan untuk mencari punca kelewatan dan kemudian mendapati disebabkan pemandu menyerah kawalan kenderaan kepada konduktor tren tidak bertauliah kerana dia ke tandas.

Jika tidak terlewat tiba seminit ke destinasi dituju, perbuatan pemandu itu mungkin tidak disedari semua pihak, dan tiadalah siasatan dilakukan.

Operator kereta api di Jepun sangat mementingkan ketepatan masa dan integriti pemandunya.

Pemandu itu mengaku meninggalkan tugas sebentar kerana sakit perut dan mahu segera ke tandas. Dia kemudian menyerahkan kawalan kereta api laju yang membawa 160 penumpang itu kepada seorang konduktor tren. Pemandu dikatakan meninggalkan tugas selama 3 minit ketika kereta api bergerak selaju 150kmj.

Kereta api laju di Jepun dikawal ketat sistem pusat kawalan berkomputer, tetapi pemandu manusia tetap diperlukan berada di kokpit pemanduan jika berlaku situasi tidak dijangka.

BACA >>> #Videotomotif: Land Rover Discovery Sport Ini Mampu Tunda Kereta Api Seberat Lebih 100 Tan

Pemandu juga perlu membrek secara manual atau meningkatkan kelajuan apabila perlu untuk memastikan kereta api selamat serta tiba tepat mengikut jadual perjalanan.

Jika seseorang pemandu tren Jepun berdepan situasi cemas ketika mengendalikan kereta api laju, mereka sepatutnya berkoordinasi dengan pusat kawalan untuk menyerah tugas kawalan kepada konduktor bertauliah atau menghentikan tren atas rel atau dekat stesen berhampiran.

Susulan kelewatan seminit itu, barisan pegawai eksekutif syarikat operator kereta api laju itu tampil memohon maaf, manakala pemandu tren tersebut akan dikenakan hukuman sewajarnya.

Menurut pemandu tren, dia enggan menghentikan kereta api kerana tidak mahu menyebabkan jadual perjalanan tergendala.

Saya tak laporkan sebab ia amat memalukan,” katanya.

BACA >>> Mabuk Punca Myvi Masuk Rel Kereta Api Kerana Sangka Pengadang Plaza Tol
BACA >>> Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan
BACA >>> Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen

SUMBER: NDTV

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kereta Api Laju Lewat, Punca Tren Jepun Lewat, Shinkansen, Shinkansen Lewat, Tren Jepun Lewat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev