Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siri Kenderaan Elektrik bZ, Inilah Masa Depan Toyota!
Auto Terkini

Siri Kenderaan Elektrik bZ, Inilah Masa Depan Toyota!

Abang HirataBy Abang Hirata26/12/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CAKAP-cakap mengenai Toyota tidak gemarkan kenderaan elektrik (EV) boleh disangkal. Toyota sebagai pengeluar automotif kenderaan berpengalaman hanya bersikap realistik berbanding idealis.

Pengerusi Toyota, Akio Toyoda sebenarnya mengambil kira pelbagai aspek, termasuk nasib yang bakal menimpa pekerja automotif. Ia bukan sekadar mengenai polisi, aspek dan impak peralihan enjin pembakaran dalaman kepada nadi elektrik yang perlu dikaji secara mendalam.

BACA >>> Toyota, Lexus Bakal Lancar 30 Model Elektrik Pelbagai Segmen Menjelang 2030

Satu lagi fakta yang boleh menepis dakwaan Toyota tidak gemarkan EV adalah pembentangan 14 Disember lalu mengenai  rancangan mengeluarkan  30 model EV jenis bateri (BEV) menjelang 2030! Barisan EV itu adalah termasuk segmen kereta penumpang dan juga komersial.

Daripada 30 model itu, siri model bZ agak menarik perhatian kerana model konsep yang ditayangkan itu sudah seperti hampir siap sedia dikeluarkan. Malah model bZ4X sudahpun diperkenalkan dan dijangka dilancarkan tahun depan.

Secara keseluruhan, siri model bZ terdiri daripada lima model merentasi segmen kecil, sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV). Berikut penerangan ringkas strategi Toyota dan konsep siri bZ menurut Toyoda:

BACA >>> bZ4X Concept – Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan

KARBON NEUTRAL

  • Manusia hidup dalam dunia yang pelbagai dan pada era masa depan sukar dijangka. Justeru sukar menggembirakan semua orang berdasarkan penyelesaian pukul rata.
  • Berdasarkan faktor itu, Toyota mahu menyediakan sebanyak mungkin pilihan kepada pelanggan serata dunia.
  • Toyota percaya kenderaan elektrifikasi boleh dibahagikan kepada dua kategori, bergantung kepada tenaga yang digunakan.
I. Kenderaan Rendah Karbon
  • Jika tenaga atau bahan yang memberikan kuasa kepada sesebuah kenderaan itu tidak bersih, penggunaan kenderaan elektrifikasi tanpa mengira jenis apa pun tidak akan menghasilkan pelepasan CO2 sifar.
II. Kenderaan Sifar karbon
  • Kenderaan dalam kategori ini menggunakan tenaga bersih dan mencapai pelepasan CO2 sifar dalam semua proses penggunaan. Toyota berazam menghasilkan kenderaan jenis ini.

Toyota bZ

  • Bermaksud ‘beyond Zero’.
  • Misi Toyota bukan setakat mengurangkan kadar pelepasan CO2 dan impak negatif lain kepada sifar emisi, tetapi lebih daripada itu.
  • Bagi siri bZ, Toyota membangunkan platform khas BEV bagi memenuhi kepelbagaian peringkat global.
  • Model pertama, bZ4X (foto atas) sudahpun diperkenalkan kepada umum yang dibangunkan bersama Subaru.

  • SUV bZ saiz sederhana direka bergaya bagi menarik perhatian pengguna mencubanya.
  • SUV kompak bZ (foto atas), paling kecil dalam siri bZ. Saiz bateri EV kecil dengan rekabentuk dalaman dibuat mengikut gaya Eropah dan Jepun.
  • Bateri kapasiti tinggi untuk jarak lebih jauh membuatkan sesebuah kenderaan jadi lebih besar, berat dan mahal. Memandangkan SUV itu bersaiz kecil, Toyota memberikan perhatian kepada kecekapan tenaga.
  • Toyota juga menumpukan kepada aspek pengurangan tenaga bagi menggerakkan kenderaan. Teknologi sebegitu sentiasa diperhalusi Toyota sejak lebih 30 tahun lalu.
  • Toyota mensasarkan mencapai penggunaan tenaga 125kWh per km dan tertinggi dalam kelas SUV kompak.

  • Sedan bZ saiz sederhana disasarkan bagi memenuhi selera pemilik kereta pertama.
  • SUV saiz besar (foto atas) pula menawarkan tiga baris tempat duduk yang mensasarkan pelanggan berkeluarga.

Sebagai pengeluar automotif global, jenama Toyota kini diwakili lebih 100 model dengan pelbagai trenkuasa seperti enjin tunggal, hibrid elektrik (HEV), hybrid plug-in (PHEV) dan sel bahan bakar (fuel cell). Ini membuktikan Toyota sudah bersedia mendepani cabaran semasa dan akan datang.

Keputusan dan strategi itu dibuat realistik seperti mana Toyota menumpukan perhatian kepada kenderaan hibrid di pasaran tempatan. Kita tertanya juga jika Toyota berminat mengeluarkan produk EV khas untuk negara membangun kerana semua sedia maklum mereka sangat berjaya dengan Avanza, Vios dan Yaris.

Berdasarkan rekod tersebut, model khas untuk pasaran negara membangun memang diperlukan.

BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!

Akio Toyoda Auto Terkini EV Kenderaan Elektrik (EV) Siri Toyota bZ Toyota Toyota bZ
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

27/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

27/01/2026
Auto Terkini

Nissan Ariya Concept Dengan Kuasa Solar, Jarak Bertambah Sehingga 23 km!

27/01/2026
KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing
Auto Terkini

KLIA Terminal 1 Laksana Laluan Hijau, Merah untuk Penumpang Antarabangsa

27/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.