Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap
Auto Terkini

MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

SyafieBy Syafie17/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke Siew Fook

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) memperkenalkan garis panduan baharu mengenai penggunaan kenderaan de-controlled dan pikap membawa barangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu bertujuan memberi penjelasan kepada orang awam, pemilik kenderaan dan pemain industri mengenai penggunaan kenderaan berkenaan secara sah dan selamat.

Menurut Loke, garis panduan tersebut juga bertujuan mengelakkan kekeliruan selain memastikan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan agensi berkaitan secara lebih konsisten.

Berkuat Kuasa 1 April

Logo APAD

Loke berkata, menerusi garis panduan itu, kenderaan barangan dengan Berat Dengan Muatan (BDM) tidak melebihi 7,500kg dikategorikan sebagai kenderaan de-controlled.

Ini bermakna pemilik atau syarikat boleh menggunakan kenderaan tersebut untuk membawa barangan milik sendiri yang berkaitan aktiviti perniagaan tanpa perlu mendapatkan permit pengendali daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Garis panduan baharu itu akan berkuat kuasa bermula 1 April, sekali gus memberi tempoh kepada pemilik kenderaan dan syarikat menyesuaikan operasi masing-masing.

Trak Pikap Persendirian Turut Dibenarkan

JAC T9 2025 Malaysia
JAC T9 2025 Malaysia

Garis panduan tersebut turut menjelaskan, kenderaan pikap persendirian dibenarkan membawa barangan milik sendiri selagi muatan diangkut secara selamat dan tidak melebihi had ditetapkan.

Selain itu, Kerajaan turut mengekalkan kelonggaran pentadbiran kepada pemegang Lesen Memandu Kelas D untuk memandu kenderaan de-controlled dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) sehingga 4,000kg, walaupun had asal lesen berkenaan adalah 3,500kg.

Kelonggaran itu mengambil kira pertambahan berat akibat pemasangan badan kargo atau struktur tambahan pada kenderaan.

Pengangkutan Komersial Masih Perlu Permit

Permit Pembawa A

Bagaimanapun, Loke menegaskan, penggunaan kenderaan untuk membawa barangan milik pihak ketiga bagi tujuan sewa atau upah masih tertakluk peraturan sedia ada.

Dalam situasi tersebut, pengendali perlu mendapatkan Permit Pembawa A daripada APAD selaras Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Menurut beliau, garis panduan baharu itu diharap dapat memudahkan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan mengelak penyalahgunaan kenderaan bagi tujuan komersial tanpa permit.

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) kenderaan de-controlled kenderaan pikap
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.