• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota, Lexus Bakal Lancar 30 Model Elektrik Pelbagai Segmen Menjelang 2030

Toyota, Lexus Bakal Lancar 30 Model Elektrik Pelbagai Segmen Menjelang 2030

December 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Motor Corporation (Toyota) mengulangi kesungguhan firma itu untuk mengetengahkan kenderaan elektrik bateri (BEV) kepada semua lapisan masyarakat dunia dan menyatakan komitmen melancarkan 30 model EV  jenama Toyota dan Lexus menjelang 2030.

Perkara itu diumumkan Presiden Toyota, Akio Toyoda dalam taklimat virtual mengenai strategi BEV Toyota. Pembentangan bermula dengan memaparkan lima model EV penuh Toyota bZ, terdiri daripada varian kenderaan utiliti sukan (SUV) 4X yang dibangunkan bersama Subaru, SUV kompak, crossover kecil, sedan dan SUV saiz penuh.

BACA >>> Ini Sebab Kenapa Sistem Hibrid Toyota Sesuai untuk Pasaran Malaysia

Lebih menarik apabila tirai di belakang siri bZ dilucutkan yang mendedahkan 11 lagi model EV baharu Toyota dan Lexus yang bakal dilancarkan berperingkat.

Siri produk EV itu menyaksikan beberapa model menarik seperti SUV kecil, sedan, crossover, trak pikap, jip, cruiser atau off-road, kereta sport mirip Lexus LFA dan IS serta beberapa kenderaan komersial.

BACA >>> bZ4X Concept - Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan

Toyoda berkata, pengenalan siri atau rangkaian model EV lengkap berasaskan bateri (BEV) bertujuan menyediakan opsyen luas kepada konsumer untuk membuat pilihan selain mengurangkan emisi karbon.

Menariknya, Lexus juga menyertai dunia elektrifikasi dan peralihan bermula apabila Toyota mendapati berlaku peralihan anjakan minda pelanggan dalam segmen kenderaan mewah.

BACA >>> Bantuan Kecemasan Untuk Pemilik Toyota Kini Di Hujung Jari, 24 Jam 7 Hari Seminggu

TAMBAH PELABURAN

Toyota menetapkan sasaran menjual 3.5 juta unit EV berasaskan bateri (BEV) menjelang 2030 dan berhasrat mengurangkan pencemaran emisi secepat dan sebanyak mungkin.

3.5 juta unit kenderaan itu adalah peningkatan daripada sasaran asal 2 juta unit sebelum ini. Bagi jenama Lexus, sasarannya ialah 1 juta unit BEV dalam tempoh masa sama.

Lexus bakal melancarkan EV pertama, dipanggil RZ crossover menjelang tahun depan yang akan berkongsi platform arkitektur e-TNGA sama seperti bZ4X dan Subaru Solterra.

BACA >>> Beli Kenderaan EV, Dapat Pelepasan Cukai Pendapatan RM2,500

 

Toyoda menjelaskan, ada dua strategi atau kategori untuk mencapai pengurangkan emisi kenderaan iaitu:

  • Kenderaan Kurang Karbon
  • Kenderaan Neutral Karbon

Mengulas mengenai jumlah pelaburan, jumlah meningkat kepada 4 trilion yen (RM149 bilion) dalam tempoh sama (menjelang 2030) untuk pembangunan model EV.

Jumlah itu merangkumi 2 trilion yen (RM74.5 bilion) untuk pembangunan bateri, meningkat daripada 1.5 trilion (RM55.8 bilion) seperti diumum sebelum ini. Jumlah keseluruhan pelaburan Toyota untuk kenderaan mesra alam adalah seperti foto atas.

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Toyoda, Lexus, Lexus Electrified, Toyota Japan, Toyota Motor Corporation (TMC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my