• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bantuan Kecemasan Untuk Pemilik Toyota Kini Di Hujung Jari, 24 Jam 7 Hari Seminggu

Bantuan Kecemasan Untuk Pemilik Toyota Kini Di Hujung Jari, 24 Jam 7 Hari Seminggu

September 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BAGI pemilik kenderaan jenama Toyota, anda harus memuat turun aplikasi Bantuan Jalanan 24Seven Toyota ke dalam telefon pintar untuk bantuan kecemasan seperti tayar pancit atau kehabisan minyak petrol.

Aplikasi itu adalah inovasi termaju yang sesuai dengan peredaran teknologi dan juga pelengkap kepada perkhidmatan panggilan telefon talian bebas tol Toyota 1-800-888-247. Jangan bimbang jika data habis kerana anda masih boleh menelefon talian sama untuk bantuan.

BACA>>> Toyota Corolla - Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat

BANTUAN JALANAN 24SEVEN TOYOTA

  • Bantuan Jalanan 24Seven Toyota ada beberapa fungsi termasuk butang SOS dengan ciri pengesanan jejak masa nyata.
  • Pengguna aplikasi boleh menjejak laluan perjalanan dan masa bantuan akan tiba kepada mereka.
  • Seterusnya ialah bantuan itu akan tiba daripada cawangan rasmi Toyota atau penyedia perkhidmatannya.
  • Pemilik kenderaan ada pilihan mendapatkan bantuan dari cawangan Toyota kegemaran mereka untuk semua servis ditawarkan 24 jam 7 hari seminggu, sepanjang tahun di seluruh negara.

Dua Keistimewaan Utama Bantuan

  • Bantuan Jalanan 24Seven Toyota menawarkan baik pulih minor di lokasi.
  • Khidmat tunda hingga 50km untuk pemilik kenderaan Toyota, tertakluk kepada terma dan syarat.

Presiden UMW Toyota, Ravindran K berkata:

"Kami telah menyediakan Bantuan Jalanan 24Seven Toyota kepada pelanggan sejak 20 tahun lalu. Ini perkhidmatan yang terus diberi penambahbaikan bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau ketika berada di jalanan.

“Dengan perkembangan teknologi mudah alih yang semakin maju, langkah seterusnya bagi kami adalah untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih yang membawa servis ini ke tahap lebih tinggi.”

BACA >>> Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?

SISTEM TELEMATIK KENDERAAN TOYOTA 

  • Aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota juga dihubungkan dengan Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS).
  • VTS ialah ciri yang hadir bersama model kenderaan generasi terbaharu Toyota dan pemilik ada hubungan lebih personal dengan kenderaan masing-masing.
  • VTS diperkenalkan pada tahun 2019 dan sudah memberi manfaat kepada ramai pelanggan Toyota melalui aplikasi mudah alih.
  • VTS membolehkan kenderaan anda dipantau menggunakan GPS dan lokasi dikenal pasti menggunakan aplikasi mudah alih. 
  • Sistem pengesanan itu ada dua tujuan utama iaitu membantu pihak berkuasa untuk tujuan pengesanan dan penemuan semula kenderaan  dan khidmat kecemasan (jika perlu).
  • Ada juga boleh lihat semula sejarah perjalanan dengan laporan minit ke minit, jarak yang dilalui dan tempoh keseluruhan perjalanan melalui VTS.
  • Penawaran lain ialah akses melihat semula corak pemanduan dalam perjalanan dan menetapkan parameter keselamatan untuk memantau perjalanan orang anda sayang, khususnya pemandu baharu.

BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k
BACA >>> Toyota Innova (2021) Facelift yang Lebih Moden Lancar di Malaysia, Harga Mula RM111k

Artikel Berkaitan

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BANTUAN JALANAN 24SEVEN TOYOTA, Roda4, SISTEM TELEMATIK KENDERAAN TOYOTA, Toyota Malaysia, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my