Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siri Jelajah ‘HAVAL Rocks The Town’ Tawar Promosi dan Peraduan Menarik!
Auto Terkini

Siri Jelajah ‘HAVAL Rocks The Town’ Tawar Promosi dan Peraduan Menarik!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAVAL Malaysia melancarkan jelajah ‘HAVAL Rocks The Town’ di pusat beli-belah AEON, Shah Alam sebagai sebahagian daripada kempen promosi ‘HAVAL REIMAGINE’. Siri jelajah itu ialah antara inisiatif HAVAL untuk memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama itu kepada orang awam dengan menawarkan pelbagai promosi dan hadiah menarik.

Pada siri jelajah kali ini, HAVAL Malaysia menampilkan selebriti tempatan yang juga duta rasmi Haval H1, Aedy Ashraf dan duta Haval H2, Rozita Che Wan.  Kempen ‘HAVAL REIMAGINE’ baru saja bermula hujung minggu lalu yang mana krew Haval Hollerz menjelajah Kuala Lumpur sambil menjalankan aktiviti menarik seperti peraduan karaoke dalam H2.

BACA >>> Kempen ‘HAVAL REIMAGINE’ Beri Diskaun RM3k, Siap Boleh Menang Hadiah Tunai!

Haval Rocks The Town
Haval Rocks The Town
Haval Rocks The Town

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, acara tersebut membuka peluang kepada orang ramai dan pelanggan berpotensi untuk melihat lebih dekat model H1 dan H2.

“Menerusi ‘HAVAL Rocks The Town’, kami menganjurkan pelbagai aktiviti seperti peraduan foto, HAVAL Carocks yang memerlukan peserta memuat naik video karaoke dalam H2 ke laman sosial Instragram dan Facebook mereka.

“Peserta yang dapat jumlah ‘likes’ terbanyak akan diumumkan pemenang bulanan. HAVAL Movez pula berupa pertandingan tarian solo atau berkumpulan untuk merebut wang tunai RM500 untuk lapan pusingan kelayakan sebelum ditawarkan ganjaran RM4,000 pada pusingan akhir,” kata SM Azli.

MILIKI SUV PADA HARGA KOMPETITIF

Haval Rocks The Town
Di samping itu, HAVAL Malaysia turut menganjurkan aktiviti buat kanak-kanak seperti Peradua Mewarna HAVAL Kidz, peraduan foto dengan SUV HAVAL dan persembahan badut.

“Orang ramai boleh dapatkan kemas kini lokasi siri jelajah menerusi laman Facebook atau laman web mikro kami. Matlamat HAVAL ialah menguar-uarkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka kini sudah boleh memiliki SUV pada harga cukup kompetitif, terutama dengan promosi yang sedang ditawarkan,” tambah SM Azli lagi.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian pelanggan pada 03-5569 7332 atau e mail customercare@goauto.com.my. Layari juga Haval.my atau laman Facebook.com/havalmy.

Aedy Ashraf AEON Shah Alam Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal H1 Haval HAVAL H1 Haval H2 Haval Hollerz Haval Malaysia Haval Rocks The Town REIMAGINE Rozita Che Wan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.