Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siar Teaser Kedua, Kawasaki Z900RS Sah Masuk Malaysia dengan 2 Model Lain
Auto Terkini

Siar Teaser Kedua, Kawasaki Z900RS Sah Masuk Malaysia dengan 2 Model Lain

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS imej teaser pertama, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMM) sekali lagi mengeluarkan imej teaser kedua model Z900RS dengan kapsyen ‘A New Ride Is Coming’ (Tunggangan Baru Sedang Tiba). Paparan imej kali ini lebih jelas dengan menyerlahkan separuh badan sportbike retro itu dari pandangan sisi. Ini menandakan debut model berkenaan di Malaysia semakin hampir dan pasti.

Seperti kami maklumkan sebelum ini, KMM kebiasaannya akan memperkenal barisan model baharu pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. Kemudian barulah model itu akan dipasarkan secara berperingkat.

BACA >>> Kawasaki Malaysia Tunjuk Imej Teaser Z900RS, Bakal Masuk Pasaran Tahun Ini?

Sumber risikan mengesahkan selain Z900RS, Kawasaki juga akan membawa masuk dua lagi model, iaitu supersport touring, H2 SX dan sportbike, Ninja 250.  Semua model tersebut akan dipertontonkan bulan depan, tentunya pada majlis makan malam Tahun Baru Cina.

Difahamkan, model Z900RS akan dipasarkan terlebih dahulu sekitar Mac atau April sebelum disusuli dua model lagi. Malah, ketiga-tiga model tersebut juga disahkan sudah menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) di bahagian Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekitar bulan lalu.

Berikut reviu sepintas lalu mengenai tiga model baharu Kawasaki itu:

1. KAWASAKI Z900RS


Rekaan Z900RS pasti mengingatkan kita kepada model ikonik Kawasaki, Z1 Super Four 900 (1972). Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya dan dipadankan tangki minyak ‘air mata’ (teardrop), rim aloi dan kowl belakang mirip, Z1. Ciri retro pula diserlahkan menerusi kluster instrumen analog untuk spidometer dan takometer.

BACA >>> 12 Fakta Pantas Tentang Kawasaki Z900RS (2018)

Prestasi jentera dijana enjin yang sama seperti Z900, bersesaran 948cc, 4-silinder berkuasa 110hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 98.5Nm (6,500rpm). Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Tugas suspensi diuruskan fork terbalik (USD) 41mm di depan, dan Horizontal Back-Link Kawasaki di belakang yang boleh dilaraskan sepenuhnya dengan 10-tetapan mampatan dan 12-tetapan lantunan (rebound). Ciri absorber pula daripada jenis prabeban dan peredam lantunan boleh laras sepenuhnya.

2. KAWASAKI NINJA 250

Kawasaki Ninja 250 KRT Edition 2017

Ninja 250 (2018) menampilkan rupa facelift yang lebih tajam dan agresif. Lampu depan kini datang dalam ciri LED, diposisikan di bawah dada fairing, tampak lebih sepet dengan sepasang winglet di bawah, seakan jentera MotoGP.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 (2018) Boleh Cas Telefon Pintar! Pertama di Dunia dalam Kelas 250cc

Ninja 250 baharu ini juga lebih bertenaga dengan kuasa setinggi 39hp pada 12,500rpm dan daya tork  23.5Nm (10,500rpm).

Sementara itu, posisi depan masih mengekalkan lampu signal yang disepadukan bersama fairing, sama seperti model 2013 (syukur, bukan signal capang) dengan tambahan lungsur frem atau frem slider hitam sebagai aksesori opsyen. Suspensi depan masih mengekalkan gaya teleskopik, bukan terbalik (USD).

3. KAWASAKI H2 SX


Kawasaki H2 SX dilengkapi enjin bersesaran 998cc, yakni menggunakan ‘jantung’ sama daripada Ninja H2. Hasilnya ialah kuasa 200hp bersama tork 136Nm. Bezanya, hantaran kuasa ditala supaya lebih linear pada julat putaran rendah dan pertengahan selain penggunaan bahan api lebih cekap berbanding jentera sports touring popular Kawasaki, Z1000SX.

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

Sesuai dengan status motosikal kembara, frem trellis Kawasaki Ninja H2 SX turut dirombak daripada H2 untuk menampung berat pembonceng, dan juga kotak sisi yang menjadikan berat keseluruhan 256kg, lebih 16kg berbanding Ninja H2.

Auto Terkini Kawasaki kawasaki h2 sx Kawasaki Motor Malaysia (KMM) kawasaki ninja 250 2018 Kawasaki Z900RS retro roda2 sportbike sportbike retro
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026

    2 Comments

    1. hassan on 10/01/2018 09:16

      ingat kenangan lama . sekarang pakai z1000 sekira nya z900rs keluar saya akan tukar dari z1000 ke z900rs nostalgia saya

      Reply
    2. Ray on 28/02/2018 09:36

      So this is not rock solid news. There is no ninja 250 2018 am i right?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.