• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Malaysia Tunjuk Imej Teaser Z900RS, Bakal Masuk Pasaran Tahun Ini?

Kawasaki Malaysia Tunjuk Imej Teaser Z900RS, Bakal Masuk Pasaran Tahun Ini?

January 5, 2018 By AI 1 Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMM) menyiarkan imej teaser model Z900 RS menerusi laman sosial Facebook syarikat itu. Status yang dimuat naik menunjukkan imej lampu depan LED dengan kapsyen, 'Ready for a surprise?- Coming soon (to) Malaysia’ (Bersedia untuk kejutan? - Akan datang (ke) Malaysia).


Bayangan lampu bulat itu ialah unit sama yang boleh ditemui pada Z900 RS yang tampil dengan rekaan tradisional bersama padanan teknologi moden. Sebelum itu, apa kata baca dulu butiran menarik mengenai sportbike siri Z gaya retro itu di pautan bawah ini.

BACA>>>12 Fakta Pantas Tentang Kawasaki Z900RS (2018)

KEMBALIKAN GAYA RETRO

Z900RS-01
Z900RS-02
kawasaki-z1-900-1972

Rekaan motosikal berkenaan pasti mengingatkan kita kepada model ikonik Kawasaki Z1 Super Four 900 (1972). Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya dan dipadankan tangki minyak 'air mata' (teardrop), rim aloi dan kowl belakang mirip, Z1. Ciri retro pula diserlahkan menerusi kluster instrumen analog untuk spidometer dan takometer.

Prestasi jentera dijana enjin yang sama seperti Z900, bersesaran 948cc, 4-silinder dengan kuasa 110hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 98.5Nm (6,500rpm). Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

2017-kawasaki-900rs-23
2017-kawasaki-900rs-10
2017-kawasaki-900rs-13
2017-kawasaki-900rs-12

Tugas suspensi diuruskan fork terbalik 41mm di depan, dan Horizontal Back-Link Kawasaki di belakang yang boleh dilaraskan sepenuhnya dengan 10-tetapan mampatan dan 12-tetapan lantunan (rebound). Ciri absorber pula daripada jenis prabeban dan peredam lantunan boleh laras sepenuhnya.

BACA >>> Harga Kawasaki 2018 Didedahkan - H2 SX Lebih Murah, Z900RS Lagi Mahal?

Bilakah model itu akan berada di pasaran tempatan? Sama-sama kita nantikan. Kebiasaannya, KMM akan memperkenal barisan model baharu pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. Jangkaan kami, kita mungkin perlu menunggu sekitar suku pertama 2018 untuk mengetahui ketibaan model terkini daripada Kawasaki Motors Malaysia.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia, Kawasaki Z1, Kawasaki Z900, Kawasaki Z900 RS, sportbike, teaser, Z900 RS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
    #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my