Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siapa Sangka Ford Escort (1972) Ini Dilelong Pada Harga £70,875 (RM385,985)!
Auto Terkini

Siapa Sangka Ford Escort (1972) Ini Dilelong Pada Harga £70,875 (RM385,985)!

Han OthmanBy Han Othman09/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka Ford Escort model 1972 ini dapat dilelong pada harga £70,875 (RM385,985) dengan mencatatkan rekod dunia baharu untuk kereta jenis itu. Apakah yang membuatkan Escort itu begitu istimewa?

Sebabnya, model tersebut ialah versi RS1600 atau lebih spesifik, ia jentera rali versi pengeluaran kilang dengan enjin daripada pelumba Formula 3 dan dibina syarikat kejuruteraan permotoran berprestasi tinggi, Cosworth.

Hanya ada satu daripada 1,137 unit dikeluarkan dan itulah yang membuatkan model tersebut sangat rare di kalangan peminat permotoran dan pengumpul barangan kereta rali klasik. Malah, Escort juga menjadi pencetus kepada evolusi siri RS bagi Ford.

BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

Namun, model Ford itu bukanlah satu-satunya jentera vintaj talaan Cosworth yang mencatatkan rekod lelongan di Silverstone Auction, September lalu. Ada juga Sierra Sapphire Cosworth 4×4 (1990) yang dijual pada harga £52,750 (RM287,139), cukup mahal bagi model Sierra lanjut usia, yang merintis kepada model Fusion/Mondeo hari ini. Malah, mengatasi anggaran awal jualan yang meletakkan nilai kira-kira £20,000 (RM108,831) sahaja.

“Mencapai bukan satu, tetapi dua rekod dunia ialah keputusan fantastik bagi pasukan kami,” kata pakar kereta klasik Silverstone Auction, Joe Watts.

“Porsche Sale dan September Sale menyaksikan kehadiran beberapa model klasik hebat dan harga terbaik sepanjang acara dua hari itu, dengan acara lelongan baharu kami di Dallas Burston Polo Club yang juga hit,” katanya.

BACA >>> Bukan Sekali, Ford GT (2017) Milik John Cena Ini Dilelong Buat Kali Ketiga!

Tumpuan lelongan lain daripada siri lelongan itu ialah model pra pengeluaran Audi Quattro (1982) yang dijual pada harga £49,500 (RM269,268), Renault 5 Turbo 2 (1984) dalam kondisi asal, £86,625 (RM471,376), Maserati Indy 4.7 America (1971), £60,750 (RM330,465) dan Lamborghini Murcielago LP640-4 edisi Versace (2007), £157,500 (RM856,763).

GALERI

SUMBER: CarScoops

Cosworth Ford Ford Escort (1972) Ford Escort RS1600 (1972) lelong Roda4 Silverstone's Auctions
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.