• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siapa Sangka Ford Escort (1972) Ini Dilelong Pada Harga £70,875 (RM385,985)!

Siapa Sangka Ford Escort (1972) Ini Dilelong Pada Harga £70,875 (RM385,985)!

October 9, 2018 By Azhan O Leave a Comment

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka Ford Escort model 1972 ini dapat dilelong pada harga £70,875 (RM385,985) dengan mencatatkan rekod dunia baharu untuk kereta jenis itu. Apakah yang membuatkan Escort itu begitu istimewa?

Sebabnya, model tersebut ialah versi RS1600 atau lebih spesifik, ia jentera rali versi pengeluaran kilang dengan enjin daripada pelumba Formula 3 dan dibina syarikat kejuruteraan permotoran berprestasi tinggi, Cosworth.

Hanya ada satu daripada 1,137 unit dikeluarkan dan itulah yang membuatkan model tersebut sangat rare di kalangan peminat permotoran dan pengumpul barangan kereta rali klasik. Malah, Escort juga menjadi pencetus kepada evolusi siri RS bagi Ford.

BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

Namun, model Ford itu bukanlah satu-satunya jentera vintaj talaan Cosworth yang mencatatkan rekod lelongan di Silverstone Auction, September lalu. Ada juga Sierra Sapphire Cosworth 4x4 (1990) yang dijual pada harga £52,750 (RM287,139), cukup mahal bagi model Sierra lanjut usia, yang merintis kepada model Fusion/Mondeo hari ini. Malah, mengatasi anggaran awal jualan yang meletakkan nilai kira-kira £20,000 (RM108,831) sahaja.

"Mencapai bukan satu, tetapi dua rekod dunia ialah keputusan fantastik bagi pasukan kami," kata pakar kereta klasik Silverstone Auction, Joe Watts.

"Porsche Sale dan September Sale menyaksikan kehadiran beberapa model klasik hebat dan harga terbaik sepanjang acara dua hari itu, dengan acara lelongan baharu kami di Dallas Burston Polo Club yang juga hit," katanya.

BACA >>> Bukan Sekali, Ford GT (2017) Milik John Cena Ini Dilelong Buat Kali Ketiga!

Tumpuan lelongan lain daripada siri lelongan itu ialah model pra pengeluaran Audi Quattro (1982) yang dijual pada harga £49,500 (RM269,268), Renault 5 Turbo 2 (1984) dalam kondisi asal, £86,625 (RM471,376), Maserati Indy 4.7 America (1971), £60,750 (RM330,465) dan Lamborghini Murcielago LP640-4 edisi Versace (2007), £157,500 (RM856,763).

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Cosworth, Ford, Ford Escort (1972), Ford Escort RS1600 (1972), lelong, Roda4, Silverstone's Auctions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev