Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta
Auto Terkini

Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta

Han OthmanBy Han Othman09/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135

SHELL Malaysia meraikan ulang tahun ke-135 kehadiran di negara ini dengan pelancaran kempen istimewa ‘Made for More‘, yang menawarkan hadiah bernilai RM1.35 juta menerusi peraduan peringkat nasional, terbuka kepada pelanggan seluruh Malaysia.

Lebih satu abad selepas bermula sebagai pedagang minyak tanah, Shell Malaysia tampil sebagai penyedia penyelesaian mobiliti menyeluruh.

Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135

Ini daripada bahan api cekap tenaga seperti Shell FuelSave, bahan api prestasi tinggi Shell V-Power hasil kerjasama teknologi bersama Scuderia Ferrari HP, hingga peluasan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik Shell Recharge bagi menyokong komuniti kenderaan elektrik (EV) yang semakin berkembang.

Tidak ketinggalan, Shell Lubricants mengekalkan kedudukan sebagai Pembekal Pelincir Global Nombor Satu dunia selama 19 tahun berturut-turut.

Shell Select, Shell Café Diperkasa, Fokus Nilai dan Kemudahan Harian

Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135

Selain bahan api, Shell turut memperkukuh pengalaman pelanggan di stesen melalui Shell Select dan Shell Café, yang menawarkan kopi gaya barista, pastri segar serta pilihan makanan dan barangan keperluan harian.

Sempena ulang tahun itu, Shell Select akan memperkenalkan barisan tawaran baharu yang lebih bernilai untuk wang, membabitkan produk keperluan harian hingga makanan sedia dimakan.

Antara tarikan utama ialah kempen ‘Shell Select Ganjaran water2go Berjuta‘, yang menawarkan konsep Open & Win.

Kempen itu akan berlangsung 16 Mac – 10 Mei 2026, dengan hadiah utama bernilai RM135,000, selain hadiah saguhati sehingga RM13,500 dan pelbagai ganjaran eksklusif lain.

Pemenang akan dipilih secara mingguan dan bulanan, sekali gus memberikan lebih banyak peluang untuk menang dengan setiap pembelian botol Water2Go.

Komitmen Shell: Lebih Nilai, Lebih Mudah, Lebih untuk Rakyat

Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135

Pengurus Besar Shell Mobility and Convenience Malaysia, Seow Lee Ming berkata, ulang tahun ini bukan sekadar meraikan sejarah, sebaliknya menegaskan komitmen Shell untuk terus berkembang bersama pelanggan dan komuniti tempatan.

Kempen Made for More mencerminkan usaha kami untuk terus menawarkan nilai praktikal, kemudahan dan pengalaman yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan lebih dari setiap perjalanan, hari ini dan pada masa depan,” katanya.

Selepas 135 tahun berkembang seiring Malaysia, Shell kekal komited untuk terus berinovasi, memperluas rangkaian dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan, selari perubahan keperluan pengguna dan peralihan ke arah mobiliti lebih mampan.

Fakta Menarik Shell Malaysia

  • 135 tahun beroperasi di Malaysia
  • RM1.35 juta nilai hadiah sempena ulang tahun
  • Rangkaian Shell Recharge sokong pertumbuhan EV
  • Shell Lubricants nombor satu  dunia selama 19 tahun berturut-turut
  • Fokus baharu Shell Select: lebih jimat dan lebih praktikal
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Auto Terkini Seow Lee Ming Shell Shell 'Made for You' Shell Café Shell Fuelsave Shell Malaysia Shell Recharge Shell V-Power
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

08/07/2026
Auto Terkini

Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.