Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shell Malaysia Lancar Shell FuelSave 95 Baharu dengan Ekstra 15km Jarak Perjalanan Isi Penuh
Auto Terkini

Shell Malaysia Lancar Shell FuelSave 95 Baharu dengan Ekstra 15km Jarak Perjalanan Isi Penuh

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SHELL Malaysia sebentar tadi memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu yang menawarkan jarak perjalanan hingga 15km lebih jauh untuk setiap isian tangki penuh dengan harga kekal sama di pasaran.

Pengenalan bahan api Shell FuelSave 95 serba baharu itu menunjukkan komitmen Shell Malaysia dalam aspek inovasi dan pembangunan produk mobiliti supaya pelanggan menikmati perjalanan lebih baik.

BACA >>> Scuderia Ferrari: “Stesen Shell Tawar Bahan Api 99 Peratus Sama Seperti Diisi Jentera F1”

MANFAAT UNTUK PELANGGAN

Rumusan terbaharu Shell FuelSave 95 membolehkan pelanggan menikmati:

  • Jarak perjalanan sehingga 15km lebih jauh dengan setiap isian tangki penuh.
  • Pembersihan mendalam untuk trenkuasa yang lebih bersih. Shell FuelSave 95 kini diadun teknologi sasaran deposit untuk pembersihan dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya.
  • Perlindungan lebih baik untuk semua jenis trenkuasa. Maksudnya, Shell FuelSave 95 serba baharu membantu melindungi semua jenis trenkuasa daripada hakisan dan pembentukan deposit baharu.
  • Dicipta untuk teknologi baharu dan lama. Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian penting dalam trenkuasa sama ada berteknologi lama, baharu mahupun kenderaan hibrid.

Bagaimanapun, semua kelebihan itu bergantung beberapa faktor seperti cara pemanduan, jenis kenderaan dan kondisi kenderaan pelanggan.

BERAPA JAUH JARAK 15KM?

  • Jarak 15km melebihi jarak Jambatan Pulau Pinang (lama).
  • Jarak sama adalah seperti menyeberangi tambak Johor ke Singapura sebanyak 14 kali.
  • Jika 15km dikira secara vertikal, ia kira-kira 35 kali ketinggian Menara KL.

Pengurus Besar Mobiliti Malaysia, Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Shell sentiasa berinovasi dan menambah baik tawaran kami agar pelanggan kami mendapatkan perjalanan yang terbaik seiring dengan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

“Better By Far atau Ternyata Lebih Jauh adalah komitmen kami untuk tidak berhenti dan terus berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu.

“Shell FuelSave 95 baharu kini memberikan hingga 15km lebih jauh untuk setiap tangki supaya pelanggan dapat menikmati perjalanan lebih jauh tanpa gangguan.”

Beliau menjelaskan, Malaysia ialah negara pertama melancarkan Shell FuelSave 95 serba baharu di Asean dan pelanggan tempatan boleh menikmati bahan api itu bermula hari ini.

Menurut beliau, bahan api terbaharu itu ditawarkan menerusi lebih 1,000 stesen minyak Shell seluruh negara. Menurutnya, produk bahan api terbaharu itu adalah hasil usaha penyelidikan dan pengujian selama lebih lima tahun membabitkan 150 saintis bahan api.

Shell adalah antara peruncit bahan api terbesar dunia dengan lebih 45,000 stesen minyak seluruh dunia yang dikunjungi kira-kira 30 juta pelanggan setiap hari.

BACA >>> #TahukahAnda: RON95 atau RON97, Mana Lebih Bagus, Apa yang Berbeza?

Pada majlis pelancaran itu, Shell turut melancarkan Shell FuelSave 95 Challenge 2023, iaitu program pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan penjimatan bahan api terbaik menggunakan Shell FuelSave 95 baharu.

Pemenang utama cabaran itu bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000.

Lebih menarik, bermula 1 Mac sehingga 30 April ini, seramai 150 rakyat Malaysia berpeluang memenangi petrol percuma selama 15 bulan apabila mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu. Program ini membabitkan kerjasama VISA dan BonusLink.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.shell.com.my.

BACA >>> Shell Malaysia Lancar Pelincir Neutral Karbon Pertama Dunia! Shell HELIX POWER, PROTECT!
BACA >>> Shell FuelSave 95 Terbukti Jimat Minyak, Kami Pun Sudah Uji
BACA >>> #SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID

manfaat bahan api Shell petrol Seow Lee Ming Shell FuelSave 95 Shell Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    By Abang Hirata23/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.