Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Scuderia Ferrari: “Stesen Shell Tawar Bahan Api 99 Peratus Sama Seperti Diisi Jentera F1”
Auto Terkini

Scuderia Ferrari: “Stesen Shell Tawar Bahan Api 99 Peratus Sama Seperti Diisi Jentera F1”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ramai tidak tahu ada produk di stesen minyak Shell dihasilkan berasaskan usahasama Shell dan Ferrari dalam sukan permotoran, misalnya Shell V-Power Racing.

Perkara itu dikongsi pelumba Scuderia Ferrari, Carlos Sainz dalam temu bual maya bersama media tempatan sebelum grand prix (GP) Formula Satu (F1) di Singapura, baru-baru ini. Beliau berkata;

Ini sesuatu yang ramai orang tidak tahu dan jangka. (Mungkin ini) Agak mengejutkan kerana bahan bakar yang kami guna dalam kebanyakan kereta sebenarnya 99 peratus sama seperti bahan bakar digunakan dalam F1.

“Sekarang, saya tidak ragu-ragu setiap kali ke stesen minyak (Shell) untuk guna bahan bakar yang 99 peratus sama seperti digunakan pelumba dan pasukan F1 seperti Ferrari. Sekarang, saya tidak perlu fikir panjang dan hanya guna Shell.”

BACA >>> Sudah Lama Ada, Tapi Ramai Tak Tahu Boleh Isi Minyak Guna RFID di Stesen Shell
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sainz berkata lagi, ada wakil Shell dan makmal khas dibawa ke setiap litar ketika Scuderia Ferrari F1 membuat latihan dan beraksi dalam perlumbaan.

Menurutnya,  wakil itu akan mengambil sampel bahan api digunakan pasukan Scuderia Ferrari F1 sebagai sampel analisis. Sainz berkata;

Ini dibuat setiap sesi dan ujian perlumbaan, tidak kira satu atau lima lap kami buat.”

Mengenai kerjasama Shell dan Scuderia Ferrari dalam menghasilkan bahap api sempurna, rakan pasukan Sainz, Charles Leclerc berkata;

Amat rapat. Kami ada kontak langsung dengan Shell dan secara jelas ada hubungan rapat serta interaksi dengan mereka (Shell) melalui pasukan jurutera. Asasnya, sepanjang minggu kami ada pertukaran mengenai apa kami perlu dan apa kami mahu.

“Pihak Shell akan buat modifikasi tentang apa kami perlukan. Bukan itu saja, ada juga pembangunan lebih besar tahun ke tahun menerusi satu pasukan. Pasukan jurutera akan minta apa kami perlu dan Shell ada di sini untuk bantu kami agar mendapatkan prestasi yang diperlukan.

“Tahun ini ada perubahan besar. Ada lebih banyak etanol dalam bahan bakar, iaitu 10 peratus yang juga perubahan besar dalam F1. Terima kasih kepada Shell kerana kami berjaya mengekalkan prestasi ketika kebanyakan pasukan lain kehilangan sebahagian prestasi. Ini langkah maju ke depan.”

Mengenai pembabitan Shell sebagai rakan inovasi untuk mencipta bahan api berprestasi dan termaju serta pada masa sama kekal mampan bagi keperluan sukan F1 untuk mengurangkan emisi karbon, Leclerc menjelaskan:

Memang saya rasa amat penting ketika seluruh dunia ke arah daya mampan dan kami berbangga terhadap pendekatan itu. Kami perlu jadi sebahagian daripada usaha itu.

“F1 sentiasa jadi peneraju dalam teknologi baharu dan saya rasa ini contoh yang cukup baik. Terima kasih kepada Shell kerana kami dapat bekerjasama, terutama dalam F1, prestasi menjadi elemen penting, tetapi ada juga perkara seperti projek mampan sedang diusahakan yang menjadi sebahagian F1.

“Terima kasih juga kepada Shell kerana kita dapat menggabungkan dua perkara itu (prestasi dan elemen mampan) dan pada masa sama mendapat jentera lumba cukup berprestasi dan mampan. Sebenarnya sudah ada langkah pertama diambil ke arah itu (mampan) dan pada masa akan datang, akan ada langkah lebih besar akan diambil.”

BACA >>> Shell FuelSave 95 Terbukti Jimat Minyak, Kami Pun Sudah Uji
BACA >>> 10 Kelab Kereta Sudah Cuba Shell FuelSave 95, Memang Terbukti Ada Lebih Kilometer
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Stesen Shell Mint Hotel Dapat Piawaian Emas GBI

Auto Terkini autoterkini Carlos Sainz Charles Leclerc F1 Singapura Ferrari Formula Satu (F1) Scuderia Ferrari F1 Shell Shell V-Power Racing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.