Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Shark Race-R Pro GP Perkenal Tiga Warna Edisi Terhad Sempena Aniversari ke-30
Aksesori

Shark Race-R Pro GP Perkenal Tiga Warna Edisi Terhad Sempena Aniversari ke-30

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA ulangtahun ke-30, pengeluar helmet dari Perancis, Shark Helmets melancarkan tiga warna edisi terhad untuk model Race-R Pro GP, iaitu cuma 663 unit untuk setiap warna Red Carbon Black (merah), Black Carbon Pearl (hitam) dan White Carbon Black (putih).

Helmet tersebut turut didatangkan dengan spoiler aerodinamik, sama seperti digunakan mantan pelumba MotoGP, Scott Redding dan pelumba MotoGP, Johann Zarco. Helmet edisi terhad itu dijual pada harga  £819.99 (RM3,790).

Dibangunkan khas untuk tunggangan trek, pembuatan helmet Race-R Pro GP dihasilkan menerusi ujian canggih pasukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) Shark dengan mendapat kerjasama daripada dua pelumba itu.

BACA >>> Shark Keluar Topi Keledar Edisi Terhad – Rai Juara Moto2 (2015-2016), Ada 1,500 Unit Sahaja

Race-R Pro GP dibangunkan menggunakan teknologi Perkomputeran Dinamik Bendalir (Computational Fluid Dynamics, CFD) yang menyumbang kepada kecekapan aerodinamik terbaik dalam halaju tinggi dengan meminimumkan daya seret, dan getaran serta memaksimumkan kestabilan.

Bagi keselamatan optimum, Race-R Pro GP menawarkan ciri Sistem Keselamatan Spoiler Pantas (Quick Spoiler Safety System, QSSS) yang akan menanggalkan spoiler apabila terjatuh bagi mengehadkan impak kejutan sekunder. Bahagian cengkerang menggunakan struktur aramid dan karbon, Carbon On View and Aramid structure (COVA) bagi meningkatkan rintangan lebih baik.

BACA >>> Shark Evo-One 2 – Helmet Full Face Dua Homologasi Pertama Dunia

Race-R Pro GP menggunakan material Polistirena Diperluas (EPS) multi-ketumpatan di zon berbeza pada helmet untuk meningkatkan penyerapan kejutan dan redaman optimum. Bahagian dalaman helmet dipasangkan fabrik dua warna ‘Alveotech’ dengan rawatan sanitasi bagi menghalang bakteria merebak.

aksesori helmet helmet Shark Shark SHARK Helmets Shark Race-R Pro GP topi keledar topi keledar edisi terhad Shark
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.