Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Set Pen Graf von Faber-Castell Edisi Terhad Sempena Aniversari Bentley ke-100, RM2.3k
Aksesori

Set Pen Graf von Faber-Castell Edisi Terhad Sempena Aniversari Bentley ke-100, RM2.3k

Abang HirataBy Abang Hirata02/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEN istimewa untuk jenama istimewa. Inilah dilakukan Graf von Faber-Castell apabila memperkenalkan set pen atau instrumen alat tulis sempena ulang tahun Bentley ke-100, 10 Julai ini. Ada dua set pen edisi istimewa diperkenalkan yang setiap satu dihadkan 100 unit sahaja.

Syarikat Graf von Faber-Castell memiliki sejarah panjang lebih 250 tahun dalam pembuatan alat tulis dan aksesori eksklusif. Ini tahun kedua syarikat dari Jerman itu bekerjasama dengan Bentley selepas mengeluarkan koleksi pertama pada 2018.

BACA >>> Pemilik Bentley Bentayga Guna Cap Jari untuk Simpan Barang

TRIBUT KEPADA W.O. BENTLEY

Set pen Mulsanne W.O. Edition by Mulliner ialah tribut khas kepada kereta terakhir sentuhan Walter Owen Bentley selaku pengasas jenama automotif British itu, manakala set pen Continental GT Number 9 Edition by Mulliner diilhamkan daripada sejarah Bentley dalam perlumbaan klasik dan jentera kemenangan nombor 9.

Menurut rancangan Bentley, setiap kereta yang dikeluarkan tahun ini akan dilengkapi pakej Centenary Specification, berupa sulaman khas pada kerusi, logo Centenary Gold dan perincian lain.

Kemasan emas pada Centenary Specification inilah yang dijadikan ilham koleksi pen istimewa buatan Graf von Faber-Castell sempena ulang tahun Bentley ke-100.

Tiga produk set Limited Edition Centenary terdiri daripada: pen jenis dakwat basah (fountain), roler dakwat basah (rollerball) dan mata bebola (ballpoint) yang mana semua berwarna hitam sebagai simbolik kepada kereta sport zaman dahulu.

BACA >>> Hyundai Group Lantik Pereka Lambo, Bentley Sebagai Ketua Pereka Baharu

Berdasarkan gambar, perincian dan rekaan dihasilkan  jelas menyerlahkan prestij tersendiri ibarat sebuah Bentley versi pen.

Mereka yang berminat dengan set pen berkenaan boleh mendapatkannya di pusat jualan Graf von Faber-Castell serata dunia, pusat beli belah sama ada atas talian atau pengedar Bentley bermula 1 Julai ini. Jika terlepas, ada lagi koleksi instrumen alat tulis Graf von Faber-Castell for Bentley bakal dikeluarkan September nanti.

Berikut harga pen istimewa berkenaan:

  • Fountain pen:  £530 (RM2,781)
  • Rollerball pen:  £490 (RM2,571)
  • Ballpoint pen:  £450 (RM2,361)

Walaupun harga mencecah ribuan ringgit untuk sebatang pen, nilai tersebut sebenarnya berpadanan dengan jenama Bentley itu sendiri, termasuk status pemiliknya.

BACA >>> Bentley Bentayga Speed (2020) Kini SUV Terpantas Dunia

GALERI
Bentley Graf von Faber-Castell Pen Bentley Set Alat Tulis Walter Owen Bentley
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.