Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sepandai-Pandai Curi Kereta Sepantas 5 Minit, Pasangan Kekasih Kena Cekup Jua
Auto Terkini

Sepandai-Pandai Curi Kereta Sepantas 5 Minit, Pasangan Kekasih Kena Cekup Jua

Azizi HBy Azizi H11/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASANGAN kekasih mendalangi sindiket curi kenderaan ‘Geng Kokak 2020’ yang bergiat aktif mencuri dan menjual alat ganti kereta sekitar Pulau Pinang dan Kulim sejak Julai lalu tumpas apabila dua suspek utamanya, termasuk tiga lagi rakan subahat ditahan polis, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek wanita dikesan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) sedang memandu dalam keadaaan mencurigakan di Permatang Pauh, Bukit Mertajam pada jam 4.50 pagi.

BACA >>> ‘Geng KTM’ Curi Motor Sejak 2013 Kantoi Sudah…

Suspek enggan berhenti apabila diarahkan polis, sebaliknya memecut laju menghala ke Bandar Perda, Bukit Mertajam hingga memaksa polis mengejar sejauh kira-kira 2.5km.

“Sebuah van dipandu seorang lelaki tiba-tiba menghampiri kenderaan MPV dan cuba menghalang polis daripada mengejar kereta dipandu wanita terbabit,” kata Noorzainy dipetik Harian Metro.

Polis akhirnya menahan suspek pemandu wanita berusia 25 tahun, manakala pemandu van ditahan dalam serbuan rumah di Ampang Jajar. Kenderaan dipandu baru saja dicuri wanita tersebut di Bukit Tengah, manakala pemandu van dipercayai teman lelakinya yang juga rakan sejenayah.

Polis turut merampas semula lapan kereta dicuri suspek, termasuk van bernilai RM45,000.

Norzainy berkata siasatan mendapati teman lelaki wanita itu baru dibebaskan dari penjara pada Julai lalu sebelum mereka kembali menjalankan kegiatan curi kenderaan sekitar daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Kulim, Kedah.

Menurutnya, suspek memiliki kepakaran mencuri sebuah kereta sepantas lima minit sahaja dengan hanya menggunakan ‘allen key’. Semua komponen dicuri akan dileraikan dan diberikan kepada tiga rakan sejenayah untuk dijual kepada pembeli pada harga murah.

“Kelima-lima mereka hidup mewah dengan kegiatan ini,” kata Norzainy yang menyatakan semua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

BACA >>> ‘Fast & Furious’ di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik

SUMBER/FOTO: HarianMetro

Auto Terkini curi kereta Geng Kokak 2020 Kes Jenayah Sindiket Curi Kereta
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.