Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Fast & Furious’ di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik
Auto Terkini

‘Fast & Furious’ di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik

Azizi HBy Azizi H10/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSIDEN dramatik dan mencemaskan begini memang jarang berlaku. Seorang pemandu bertindak nekad memandu melawan arus sebelum merempuh Perodua Myvi milik adiknya yang dilaporkan dicuri sejak Ogos lalu.

Kejadian berlaku di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Ahad lalu jam 12.56 pagi apabila si abang terserempak dengan kereta adiknya itu yang dicuri di Sekamat, Negeri Sembilan, kira-kira sebulan lalu.

Dia sebelum itu terlebih dahulu membuat panggilan kecemasan ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Pihak polis pula, apabila menerima panggilan itu terus saja mengerahkan anggota unit peronda polis (MPV) ke lokasi kejadian.

Pada masa sama pengadu turut bertindak mengejar dan memandu melawan arus sebelum nekad melanggar kereta suspek.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, suspek ditahan orang awam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, hasil siasatan mengesahkan Myvi berkenaan ialah kenderaan yang dilaporkan hilang pada Ogos lalu, manakala suspek pula ialah individu dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung kes curi kereta.

Suspek akan diserahkan kepada pihak polis di IPD Seremban dan akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

SUMBER : HarianMetro

Abang Rempuh Kereta Curi Auto Terkini Kes Curi memandu lawan arus Mohd Fahmi Visunathan Abdullah polis Polis Diraja Malaysia
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.