Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!
Sembang Deras

#SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!

AryonBy Aryon03/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEGENDA hidup sukan permotoran, Valentino Rossi mungkin berhijrah ke pasukan satelit Petronas Yamaha SRT untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 selepas Yamaha Motor Racing memutuskan berikan kontrak kepada Maverick Vinales dan Fabio Quartararo untuk meneruskan cabaran pasukan pengilang itu bagi musim 2021 dan 2022.

Jadi Rossi memang tak ada pilihan lain kecuali tiga opsyen saja:

  • Bersara
  • Masuk pasukan satelit Petronas Yamaha SRT
  • Berhijrah ke pasukan lain

BACA >>> Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

Mungkin ramai menganggap ayahanda Rossi sudah tak relevan di trek, tapi realitinya, populariti ‘The Doctor’ memang payah nak diketepikan Yamaha. Jenama Rossi itu sendiri sudah berikan berjuta-juta dolar dan euro kepada Yamaha, termasuk macam-macam hal teknikal jentera dan trek.

Malah batang tubuh Rossi itu pun dah cukup berjasa kepada MotoGP dengan memberikan sekurang-kurangnya suku jumlah pengunjung di mana-mana litar seluruh dunia. Selain Marc Marquez, rasanya tak ada pelumba lain yang mempunyai armada peminat segila fanatik Rossi.

Jadi memang tak hairanlah kenapa Yamaha sanggup beri jaminan yang posisi Rossi sama sekali tak tergugat. Walaupun faktanya Rossi memang sah tak ada tempat dalam pasukan pengilang itu, dan Yamaha pula langsung tak sebut pasal Petronas SRT, tetapi memang itu pun pasukan yang ada untuk dia.

Punyalah Yamaha sayangkan Rossi sampai berjanji akan berikan YZR-M1 ‘spec kilang’ seandainya dia nak terus berlumba. Bukan saja jentera gred A, Yamaha juga sanggup berikan krew dan enjinia pasukan utama. Ini bermakna, Yamaha akan memiliki pelumba pasukan satelit yang berlumba dengan jentera sama taraf dengan pasukan utama.

BACA >>> Rossi Nak Lumba Lagi? Yamaha Sanggup Sediakan YZR-M1 ‘Spec Kilang’!

Tapi ingat, wang bukanlah motif utama Rossi kerana apa yang dia ada sekarang pun sudah lebih daripada cukup. Sebagai pelumba dengan baka juara, pelumba legenda itu pastinya tidak akan senang hati dan murung jika kehadirannya sekadar melengkapkan ranking 10 terbaik.

Ya, Rossi sendiri yang akan tentukan masa depannya, dan pertengahan tahun ini akan menjadi penentu sama ada bersara kalau dia rasa dah tak boleh blah, atau masuk Petronas SRT.

Berhijrah? Tak mungkin, sebab pada usia veteran dan tulang semakin kekurangan kalsium, Rossi pastinya tak ada masa nak cuba-cuba dan gagal lagi. Sebabnya, Rossi adalah Rossi! ✊🏼💪🏼

– Pak Yon

Monster Energy Yamaha MotoGP Petronas Yamaha SRT roda2 sembang deras sukan permotoran Valentino Rossi VR46 Yamaha Factory Racing
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.