• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Nak Lumba Lagi? Yamaha Sanggup Sediakan YZR-M1 'Spec Kilang'!

Rossi Nak Lumba Lagi? Yamaha Sanggup Sediakan YZR-M1 'Spec Kilang'!

January 31, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSULAN berita hangat Fabio Quartararo menyertai pasukan pengilang Yamaha Motor Racing selama dua musim bermula 2021 hingga 2022, ramai tertanya-tanya ke manakah Valentino Rossi akan pergi?

Apa yang pasti Yamaha sangat menghormati pelumba legenda itu. Kedua-dua pihak sebenarnya sudah berbincang dan mencapai persetujuan akhir sama ada Rossi akan terus berlumba atau sebaliknya pada pertengahan musim ini.

BACA >>> Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

2019_YMSMC_069
2019_YMSMC_065

Berdasarkan kontrak, Rossi bakal menamatkan karier 15 tahun bersama Yamaha pada penghujung musim ini. Ini bermakna Maverick Vinales akan bergandingan dengan Quartararo yang direkrut naik daripada pasukan satelit Petronas Yamaha SRT.

Seandainya Rossi memutuskan untuk terus berlumba dalam MotoGP 2021, Yamaha memberi jaminan akan menyediakan YZR-M1 spesifikasi pengilang dan sokongan kejuruteraan penuh daripada Yamaha Motor Co Ltd.

Jadi, tidak kira apa pun keputusan musim depan, Yamaha akan terus memberikan sokongan dan fokus penuh untuk musim ini kepada pelumba sedia ada. Lagipun musim ini ialah tahun ke-25 pelumba Itali itu berkecimpung dalam kejuaraan MotoGP.

Tahun ini juga tahun ke-21 Rossi berlumba dalam kelas premier dan tahun ke-15 bersama Yamaha. Malah, beliau mengaku masih mahu berlumba dalam MotoGP musim depan, tetapi jawapan kepada hasrat itu hanya boleh dijawab di litar dan beberapa perlumbaan awal.

BACA >>> Yamaha Niken Menang 'Best of the Best' dalam Anugerah Red Dot 2019!

Related

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, Hong Leng Yamaha Motor, MotoGP 2021, Petronas Yamaha SRT, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, VR46, Yamaha, Yamaha Factory Racing MotoGP Team, Yamaha Motor Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev