Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Al-Kisah Uncle GrabCar yang Pasrah dan Proton Persona Bau Kedai
Sembang Deras

#SembangDeras: Al-Kisah Uncle GrabCar yang Pasrah dan Proton Persona Bau Kedai

Abang GYLBy Abang GYL17/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ABANG memang pengguna tegar perkhidmatan teksi e-hailing macam GrabCar dan Uber. Paling kurang pun mesti sehari sekali. Biasanya sebelum buat tempahan, abang akan bandingkan dulu harga tambang dua aplikasi mobil tu.

Bukan apa, mesti jimat selagi boleh. Kadang-kadang harga memang jauh berbeza. Itu belum kira lagi bayaran tol (tambang GrabCar tidak termasuk caj tol). Dan setiap kali naik kereta, abang ada satu tabiat, iaitu tanya macam-macam soalan yang sama. Maklumlah, abang ni peramah orangnya.

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Anda Patut Jatuh Cinta Kepada Proton Persona

Pasal naik kereta GrabCar/Uber ni pula, mesti abang duduk depan. Bukan macam ekau, naik jo terus poie duduk belakang. Kononnya nak merasa jadi bos. 🙂

Soalan pertama biasa abang tanya, full time ke part time? Berbaloi tak buat Uber atau GrabCar ni? Dan antara soalan kegemaran abang kalau naik kereta yang masih berbau kedai; Wah, beli kereta baru sebab nak buat GrabCar/Uber ke?

Jawapan diterima biasanya sama saja, mesti ya. Memang ramai drebar beli kereta baru sebab nak buat Uber atau GrabCar. Ada drebar tu (tak ingat Uber atau GrabCar), sanggup buat pinjaman peribadi dengan faedah 8 peratus semata-mata nak beli kereta sebagai habuan mencari rezeki. Nak buat macam mana abang, cari makan. Jadi, nak tak nak, mesti juga buat loan sebab sudah berhenti kerja, katanya

LUAR NAMPAK KECIL, TAPI BUT ‘BAPAK’ BESAR

Mummy jangan happy sangat boleh tak?

Itu hal buat pinjaman untuk beli kereta. Baru-baru ini, abang naik Proton Persona yang dipandu seorang Uncle India. Macam biasa, abang tanya soalan sama juga. Rupanya, Uncle tu baru daftar jadi drebar GrabCar. Sedang rancak berbual barulah abang tahu yang si Uncle tu pun beli kereta baru sebab nak jadi drebar GrabCar.

Kata Uncle, dia mulanya agak pening nak pilih jenama apa paling sesuai sebagai kereta GrabCar. Tup tup entah kenapa dia boleh pasrah saja pilih Persona. Apa lagi, memang kena sangatlah dia jumpa abang selaku pengasas laman web automotif yang tak berapa popular tapi disukai ramai ini. Soalan abang, Proton Persona baru ok ke?

BACA >>> 84 Foto Proton Persona 2016 Ini Mampu Buat Anda Terpikat Melihatnya!

“Not bad. Saya sudah bawa tiga minggu, kereta memang best. Power ada, bawa pun sedap. Paling seronok ramai puji sebab but besar. Luar nampak kecil, tapi bila buka but, semua terkejut. Setakat lima beg besar, memang tak jadi masalah,” kata Uncle.


Tambah Uncle lagi, dia pun hairan kenapa ramai ada persepsi buruk terhadap jenama Proton.

“Saya langsung tak ada masalah dengan Proton. Tengoklah Persona saya bawa ni. Kualiti memang bagus. Kalau mau banding dulu, memang jauh beza.

“Ada 6 airbag. Kita nak bawa penumpang pun confident. Paling penting, saya pergi servis pun tak payah bayar sebab masa beli dapat servis percuma,” kata Uncle, senyum-senyum.

Borak punya borak, tak sedar pula sudah sampai. Tapi abang tak terus keluar, sambung pula berborak dalam kereta sampai Uncle itu dapat request pelanggan lain.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium – Najmie Adib Kongsi Pengalamannya…

Jadi, apa yang abang nak sampaikan, setiap jenama kereta ada kelebihan masing-masing. Memang betul, servis selepas jualan adalah nadi utama sesuatu jenama. Apa abang perasan, banyak juga golongan yang mengecam, tetapi mereka sendiri tidak pernah beli kereta yang dikecam itu.

Mungkin sekadar berprasangka, dan ada pula cuma dengar daripada orang lain. Dan orang lain itu pula, dia dengar daripada orang lain juga yang mendengarnya pun daripada orang lain. Letih pula abang nak ulang ni.

Apapun, tepuk dada tanya selera.

– Abg GYL –

GrabCar harga proton persona baru pandu proton persona pemandu GrabCar pemandu Uber Proton Persona proton persona baru sembang deras Uber uncle grabcar uncle uber
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026

    1 Comment

    1. Lyana on 13/02/2018 16:28

      Saya rasa pengendalian stering kereta keluaran Proton lebih bagus daripada kereta jenama luar. Tengok saja apa kereta yang selalu terlibat kemalangan dan terbabas di selekoh tajam? Kebanyakkannya kereta jenama luar negara.

      Saya dah merasa pandu dari jenama Toyota, Nissan, Honda, Peugeot.. steering bukan main lembut dan senang dipulas. Jalan lurus memang la sedap. Selekoh tajam dan u-turn yang tajam kena kawalan yang baik. Ini disebabkan pemandu terpaksa ‘bekerja keras’ memulas stering untuk ‘membalas.

      Miskipun ia membantu kerana lembut tetapi pusingannya 2:1. Kemudian, tak habis pulas memang akan langgar tebing.

      Kalau kereta jenis Proton tak begitu. Ketika di U-turn yang tajam, dengan senang pemandu dapat memulas stering dan apabila hendak mambalas balik. ia akan sendirinya berpusing dan kita hanya kawal tanpa bersusah payah hingga jalan lurus barulah pegang stering dengan tegap. Tak memenatkan…!

      Bahkan apabila nak memakir atau keluar kotak parkir, hanya pulas stering sebelah tangan sahaja..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.