Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Video, Honda Malaysia Dedah Pula Foto Acah City Hatchback
Auto Terkini

Selepas Video, Honda Malaysia Dedah Pula Foto Acah City Hatchback

Han OthmanBy Han Othman29/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Selepas menyiarkan video klip City Hatchback, Honda Malaysia mendedahkan pula foto acah hatchback segmen-B itu di laman Facebook rasmi wakil pengedar itu.

Foto terbaharu itu (lihat bawah) memaparkan lampu kiri City Hatchback serba baharu dinyalakan yang didatangkan dalam teknologoi LED. Juga kelihatan strip lampu siang (DRL) dan lampu kabus. Paling mengujakan ialah lencana ‘RS’ merah pada gril jenis sarang lebah (honeycomb).

BACA >>> Harga Honda City Hatchback Bocor di Indonesia, Masuk Malaysia Tahun Ini?
BACA >>> 10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k

Panel pada hujung bonet nampaknya dihitamkan dan turut kelihatan kelibat rim sport dwi-tona. Kaposyen ditulis juga menimbulkan spekulasi, ‘Outshine All Else’ (Mengatasi Segala). Adakah spesifikasi ditawarkan City Hatchback serba baharu nanti bakal mengatasi lawan lain dalam segmen sama?

Di pasaran tempatan, antara lawan City Hatchback ialah Toyota Yaris, Perodua Myvi dan Proton Iriz.

BACA >>> Malaysia yang Pertama Dunia Dapat Honda City Hatchback dengan Enjin Hibrid e:HEV?

DEBUT DI THAILAND TAHUN LALU

City Hatchback melakukan debut dunia di Thailand pada November tahun lalu dalam tiga varian, iaitu S+, SV dan RS pada harga bermula 599,000 baht (RM74,900) hingga 749,000 baht (RM93,650). City Hatchback Thailand dijana enjin 3-silinder 1.0L VTEC Turbo berkuasa 120hp @ 5,500rpm dan tork 173Nm @ 2,000 – 4,500rpm.

Adakah model untuk Malaysia berbeza?

Jika mengambil kira barisan City Sedan, RS ialah varian paling premium dan spesial yang menggunakan trenkuasa hibrid e:HEV. Berikut spesifikasi rongkas mengenai City Sedan e-HEV:

  • Dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan sistem dua motor hibrid berkuasa 107hp dengan tork 253Nm dengan transmisi e-CVT (Electric Continuous Variable Transmission).
  • Ada tiga mod pemanduan: EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive.
  • Dipadankan teknologi LED untuk lampu utama, lampu siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang. Bahagian roda dipasangkan rim aloi dwi-tona 16 inci.
  • Rekabentuk kabin berkualiti tinggi dan premium dengan kluster instrumen TFT 7 inci.
  • Ciri lain dimiliki ialah pad pedal minyak sport, kerusi kulit campuran Ultrasuede, unit infotainment audio 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sarat dengan teknologi termaju seperti:
    • Honda SENSING yang terdiri daripada: Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Lorong (RDM), Amaran Tukar Lorong (LDW), Lampu Tinggi Automatik (AHB).
    • Ciri keselamatan standard diberikan ialah: 6 beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX.

BACA >>> Honda Malaysia Lancar Aplikasi Honda CONNECT, Boleh Kawal Kereta Guna Telefon Pintar
BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k

Auto Terkini Foto Acah hatchback segmen-B Honda City Hatchback Honda Malaysia Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.