Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, DBKL Mahu Tambah Lagi Kawasan Bebas Kenderaan
Auto Terkini

Selepas Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, DBKL Mahu Tambah Lagi Kawasan Bebas Kenderaan

Han OthmanBy Han Othman21/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti beberapa kawasan lain di ibu kota untuk dijadikan lokasi bebas kenderaan berikutan kejayaan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) setiap Ahad sejak 28 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias ​​berkata, antara lokasi berpotensi dijadikan kawasan pejalan kaki di tengah bandar adalah sekitar Bukit Bintang.

Jalaluddin berkata;

Selepas Jalan TAR, kita bercadang melaksanakannya sekitar Hotel Federal (Bukit Bintang) kerana kawasan itu ialah lokasi tumpuan pejalan kaki.

“Bagaimanapun, kita masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan orang awam dan sekiranya berjaya, perkara itu akan diumumkan nanti.”

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kongres CityNet ke-9 di Kuala Lumpur hari ini yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Mahadi berkata, DBKL menerima maklum balas positif daripada banyak pihak, termasuk peniaga dan orang awam mengenai penutupan Jalan TAR setiap Ahad. Justeru DBKL merancang membawa lebih banyak program dan aktiviti untuk menjadikan tempat itu lebih meriah.

Perkara ini bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan, jadi kita perlu mendapatkan maklum balas orang ramai bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul selepas itu,” katanya.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Jalaluddin Alias Datuk Seri Mahadi Che Ngah DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tutup Jalan Bukit Bintang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.