• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, DBKL Mahu Tambah Lagi Kawasan Bebas Kenderaan

Selepas Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, DBKL Mahu Tambah Lagi Kawasan Bebas Kenderaan

September 21, 2022 By Han Othman Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti beberapa kawasan lain di ibu kota untuk dijadikan lokasi bebas kenderaan berikutan kejayaan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) setiap Ahad sejak 28 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias ​​berkata, antara lokasi berpotensi dijadikan kawasan pejalan kaki di tengah bandar adalah sekitar Bukit Bintang.

Jalaluddin berkata;

Selepas Jalan TAR, kita bercadang melaksanakannya sekitar Hotel Federal (Bukit Bintang) kerana kawasan itu ialah lokasi tumpuan pejalan kaki.

"Bagaimanapun, kita masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan orang awam dan sekiranya berjaya, perkara itu akan diumumkan nanti.”

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kongres CityNet ke-9 di Kuala Lumpur hari ini yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Mahadi berkata, DBKL menerima maklum balas positif daripada banyak pihak, termasuk peniaga dan orang awam mengenai penutupan Jalan TAR setiap Ahad. Justeru DBKL merancang membawa lebih banyak program dan aktiviti untuk menjadikan tempat itu lebih meriah.

Perkara ini bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan, jadi kita perlu mendapatkan maklum balas orang ramai bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul selepas itu," katanya.

SUMBER: Bernama

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tutup Jalan Bukit Bintang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev