Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Selepas Thai, Giliran Vietnam Pula Lancar Honda CB150R yang Kacak Bergaya
Roda2

Selepas Thai, Giliran Vietnam Pula Lancar Honda CB150R yang Kacak Bergaya

AryonBy Aryon27/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam melancarkan CB150R (CB150R Exmotion) yang diimport terus dari negara jiran Thailand dan akan dijual pada harga 103 juta dong (RM18,400). Di pasaran negara itu, model naked bike itu akan bersaing langsung dengan Yamaha TFX yang berharga 83 juta dong (RM14,500).

Honda CB150R (2019) memiliki dimensi panjang 1,973mm, lebar 822mm dan tinggi 1,053mm, manakala jarak roda 1,296mm, iaitu 20mm lebih panjang daripada Winner (RS150R).

BACA >>> Brosur Honda CBR 150R Thailand Bocor, Adakah Malaysia Bakal Menyusul Tahun Ini?

BAHASA REKABENTUK BAHARU – NEO SPORT CAFE

Penampilan CB150R mewarisi bahasa rekabentuk baharu daripada model konsep Neo Sport Cafe yang diperkenalkan Honda pada 2017 dengan penampilan retro moden berbanding generasi CB terdahulu. CB150R ialah model ketiga dalam famili CB baharu yang dibawa masuk ke pasaran negara itu selain CB1000R dan CB65oR.

Kelebihan CB150R berbanding dua lagi saudara senior ialah status model itu sebagai motosikal aras mula yang berada dalam segmen paling kecil. Selain tidak memerlukan lesen motosikal besar untuk memilikinya, CB150R juga berharga lebih mampu milik, sekali gus memberi peluang kepada peminat motosikal gaya retro moden memiliki model ini.

Tinggi pelana CB150R ialah 795mm, agak tinggi berbanding purata penunggang di Vietnam. Kapasiti tangki mampu mengisi 8.5 liter petrol, sedikit kecil jika dibandingkan Yamaha TFX (10.2 liter). Pelana belakang direka sporty yang bukan saja cantik tetapi juga selesa buat pembonceng.

BACA >>> Honda CB150 Verza (2019) Tampil Warna, Grafik Baharu di Indonesia, RM5.6k Sahaja

Tambahan kepada brek cakera ialah sistem brek anti-kunci (ABS) di roda depan dan belakang (2 saluran). Panel meter daripada jenis LCD dengan paparan ringkas dan mudah dilihat.

LEBIH MAHAL, HAMPIR RM20K

CB150R dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 149cc berkuasa 16.1hp @ 9,500rpm dan tork 13.6Nm @ 8,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan. Naked bike ini akan mula dijual pada 15 April ini.

Ada dua pilihan warna ditawarkan: Silver Black and Silver (merah) dan Black Silver (hitam)

Walaupun agak mahal berbanding pesaing seperti Yamaha TFX, tetapi dengan mempertaruhkan bahasa rekabentuk baharu yang menjadi perhatian ramai orang, terutama penunggang muda, CB150R pasti mampu menarik minat ramai fanatik Honda dan pembeli kebanyakan. Di Thailand, model sama dijual pada harga 20 juta dong (RM12,200).

BACA >>> Honda CB150R ExMotion Versi Streetster yang Lebih Ranggi, Kini di Thailand

Boleh tahan kencang juga harga import Vietnam. Peminat Malaysia pula mungkin hanya mampu bermimpi kerana berdasarkan trend Boon Sieh Honda (BSH), CB150R atau segmen sportbike seperti ini hampir pasti tidak akan dibawa masuk. Marilah berhuhuhu…

GALERI

SUMBER: Zing.vn | HondaVietnam

honda cb150r Honda CB150R ExMotion Honda Vietnam naked bike Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    02/07/2026

    1 Comment

    1. Ibrahim on 31/08/2020 11:07

      Model ke 4 boss… C 250 r mana?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.