Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Lebih 20 Tahun Berlumba, Petrucci Baru Dapat Lesen Motor
Auto Terkini

Selepas Lebih 20 Tahun Berlumba, Petrucci Baru Dapat Lesen Motor

AryonBy Aryon15/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Ducati Team, Danilo Petrucci mungkin satu-satunya pelumba MotoGP yang tiada lesen motor yang membolehkan dia menunggang motosikal atas jalan raya biasa secara sah.

Mungkin inilah yang dikatakan ‘masa sangat mencemburui’ kerana Petrucci memang mengakui dia tiada masa untuk mengambil lesen motor. Pelumba Itali ini sudah mula berlumba dan menjuarai kejuaraan seawal usia 9 tahun hingga membuatkan dia tidak sempat masuk kelas memandu untuk mendapatkan lesen sah.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Valentino Rossi Dipanggil ‘The Doctor’?

Tentu ada yang hairan bagaimanakah Petrucci mampu menunggang profesional tanpa ada lesen motor sah?

Da oggi posso guidare le moto anche in strada.
From today I can ride bikes on the road too. pic.twitter.com/xfr37I3zcl

— Danilo Petrucci (@Petrux9) July 9, 2019

Ini kerana di Itali, jentera dua roda sangat popular di sana dan ada banyak acara dan kejuaraan lumba motosikal bertaraf amatur dianjurkan di setiap pelusuk negara walaupun di bandar atau pekan kecil. Jadi setiap anak muda sentiasa ada peluang untuk berlumba di litar tertutup.

Kalau di Malaysia anda boleh bayangkan Selangor ada banyak trek motosikal, mungkin 5-6 trek dalam kawasan Shah Alam sahaja, dan itu belum dikira daerah lain lagi. Maknanya, semua orang boleh berlumba kerana tempatnya ada.

Berbalik kepada cerita Petrucci, pelumba asal Terni, Itali itu mula menceburkan diri dalam arena sukan permotoran dirt bike aka motocross pada usia kanak-kanak dan awal remaja. Dia cuma baru berlumba dalam trek berturap ketika berusia 16 tahun. Jadi memang tiada keperluan untuk dia segera mendapatkan lesen motor.

Selepas dimaklumkan tentang Petrucci baru saja mendapatkan lesen sah, timbul pula pelbagai persoalan, pada usia 28 tahun, adakah Petrucci pernah membeli motosikal untuk ditunggang sendiri atas jalan raya biasa?

BACA >>> Dovizioso, Petrucci Dedah Seragam Baharu Ducati Team Tanpa Mission Winnow

Adakah Ducati menghadiahkannya sebuah motosikal? Adakah lesen tersebut mengikut prosedur ujian yang betul, iaitu perlu bermula dengan motosikal sesaran kecil, sama seperti penunggang Itali lain? Apa-apa je la…

Auto Terkini Danilo Petrucci Ducati Team lesen memandu MotoGP 2019 Petrucci Dapat Lesen sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.