Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Gaduh dengan Makwe, Pemandu BMW Tiada Lesen Lepas Geram Buat Aksi Drift
Auto Terkini

Selepas Gaduh dengan Makwe, Pemandu BMW Tiada Lesen Lepas Geram Buat Aksi Drift

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Thailand mencari pemandu kereta sport jenis BMW yang melakukan aksi drift di persimpangan lampu isyarat Sukhumvit Road, Bang Saen dalam daerah Mueang Chonburi.

Operasi memburu dibuat hingga ke kediaman pemandu tersebut berikutan tular satu rakaman video menunjukkan aksi berbahaya dilakukan suspek tanpa mempedulikan nyawa pengguna lain di lokasi sama.

Polis mengarahkan pemandu lelaki warga Lithuania, Deividas, 27, menyerah diri dan hadir ke Balai Polis Saen Suk, semalam. Suspek juga disahkan tiada lesen memandu.

BILA KEJADIAN BERLAKU?

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek melakukan aksi drift itu beberapa kali di tengah persimpangan lampu merah di Sukhumvit Road pada jam 12.30 pagi, 8 Januari lalu.

Polis meneliti rakaman video dan mengesan lokasi insiden yang terletak di bawah bidang kuasa Balai Polis Saen Suk.

BUAT DRIFT NAK SAKITI HATI KEKASIH

Suspek warga asing itu mendakwa  tidak memiliki lesen memandu sah, termasuk memberitahu polis yang dia bertengkar dengan kekasihnya, gadis warga Thailand.

Aksi drift itu dilakukan hanya untuk menyakiti hati gadis tersebut.

Menurut polis lagi, pemilik asal kereta itu juga akan dikenakan tindakan kerana membenarkan individu memandu tanpa lesen memandu kenderaan.

SUMBER: Khaosod

Auto Terkini Deividas drift Polis Thailand Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.