Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Selepas 1,000 Tahun, ‘Pokok Terowong’ di AS Tumbang Menyembah Bumi Akibat Ribut
Autotainment

Selepas 1,000 Tahun, ‘Pokok Terowong’ di AS Tumbang Menyembah Bumi Akibat Ribut

Han OthmanBy Han Othman15/01/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBATANG pokok gergasi di Amerika Syarikat (AS) dengan teras berupa terowong yang boleh dilalui manusia dan kereta tumbang menyembah bumi pada Ahad minggu lepas akibat ribut musim sejuk.

Pokok Pioneer Cabin tumbuh di Taman Negara Calaveras Big Trees dekat California dan menjadi tumpuan pelancong sejak 1880 lagi. Sebenarnya terowong di bawah teras pokok itu bukanlah semula jadi, tetapi sengaja dilubangkan si pemiliknya dengan harapan kawasan itu menjadi masyhur dan dikenali ramai hingga dikritik tokoh pencinta alam sekitar AS pada era itu, John Muir.

TARIKAN PELANCONGAN ZAMAN BERZAMAN

pokok-pioneer-cabin-1

Namun, kritikan tinggal kritikan dan pokok Pioneer Cabin menjadi laluan ribuan pengguna sejak zaman berzaman daripada era kenderaan berkuda hingga jentera bermotor.

Pada 1931, tanah sekitar pokok itu diisytiharkan sebagai Taman Negara, di mana pokok Pioneer Cabin, yang juga dikenali sebagai Pokok Terowong, menjadi antara objek tumpuan utama di tempat tarikan pelancong tersebut.

Bagaimanapun, faktanya pokok legenda itu sebenarnya sudah tidak sihat atau segagah dulu dan cuaca buruk yang berlaku cuma mempercepatkan lagi proses tumbangnya pokok berkenaan.

Menurut akhbar The Huffington Post, brosur di Taman Negara itu ada menyebut;

…disebabkan potongan besar, pokok ini tidak lagi mampu menyokong pertumbuhan di atas, di mana anda dapat lihat ia tumbang ke tanah jika anda berjalan melalui terowong ini.”

Namun, walaupun kehilangan pokok ikonik itu, Taman Negara Calavares Big Tree masih menjadi rumah kepada ratusan pokok seperti itu – Sierra Redwoods – yang tumbuh meliar di sekita kawasan tersebut. Bezanya, anda tidak boleh lagi memandu melalui batang pokok berkenaan.

Berikut ialah gambar Pokok Pioneer Cabin yang sudah tumbang.

SUMBER: Road and Track

autotainment California John Muir pokok gergasi Pokok Pioneer Cabin pokok terowong Sierra Redwoods Taman Negara Calaveras Big Trees
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.