Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April
Auto Terkini

Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Trafik di Selangor

KERAJAAN Negeri Selangor akan melaksanakan polisi bekerja dari rumah (BDR) untuk penjawat awam bermula 15 April ini sebagai langkah awal menangani kesan konflik Asia Barat terhadap bekalan tenaga dan kenaikan harga barang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan itu akan dibuat setiap Selasa hingga Khamis setiap minggu, dengan objektif mengurangkan penggunaan bahan api, melancarkan aliran trafik dan meningkatkan produktiviti kakitangan awam.

Polisi itu turut akan disemak setiap bulan bagi menilai keberkesanan.

Fokus Kurangkan Sesak, Kos Operasi

Trafik Lebuhraya Persekutuan

Langkah itu dijangka memberi impak langsung kepada situasi trafik, terutama di Lembah Klang, khususnya laluan utama menuju Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur yang sering sesak pada waktu puncak.

Selain menjimatkan penggunaan bahan api, pendekatan itu juga dilihat mampu mengurangkan kos operasi harian dan membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perjalanan Rasmi Luar Negara Turut Dihentikan

Logo Selangor

Pada masa sama, kerajaan negeri turut menghentikan perjalanan rasmi ke luar negara bagi semua jabatan, kecuali urusan berkaitan promosi pelaburan dan pelancongan ke Selangor.

Setiap jabatan juga diarahkan beroperasi dalam mod krisis bagi memastikan ekonomi tempatan, industri sokongan dan peluang pekerjaan rakyat Selangor terus terpelihara sepanjang tempoh ketidaktentuan global.

Sektor Swasta Digalak Ikut Langkah Sama

Amirudin turut menggesa sektor swasta menimbangkan langkah serupa jika bersesuaian, dengan Kerajaan Negeri bersedia membantu dari segi penyesuaian teknologi digital dan sistem kerja fleksibel.

Pada masa sama, semakan Bajet Selangor 2026 dan penubuhan Pasukan Petugas Khas Krisis Tenaga Selangor akan dilaksanakan bagi menangani isu kos sara hidup, bantuan kepada rakyat terjejas, sokongan industri dan mempercepat peralihan tenaga.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Bekerja Dari Rumah (BDR) Ekonomi Kerajaan Selangor Kurangkan jem Sektor Swasta Selangor
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.