Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Segalanya Pikap [SIRI 5]: Kenali Jenis-Jenis Pikap di Pasaran Dunia
Autotainment

Segalanya Pikap [SIRI 5]: Kenali Jenis-Jenis Pikap di Pasaran Dunia

Han OthmanBy Han Othman26/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAMA seperti kereta, pikap atau trak pikap juga menawarkan pelbagai segmen dan varian bergantung kepada keperluan pembeli. Paling laris sudah tentu pikap kompak disebabkan faktor harga mampu milik dan praktikaliti yang diberikan. Namun, tidak semua jenis pikap layak berada atas jalan raya Malaysia melainkan anda tersenarai sebagai ‘seseorang’.

Ada berapakah jenis pikap? Apakah pula jenis-jenis pikap itu?

1. PIKAP KOMPAK (Compact Pickup)


Jenis pikap yang digunakan paling meluas seluruh dunia. Ia dibina seperti trak berat dua gandar versi mini dengan kerangka struktur, kabin konvensional, suspensi spring dedaun (leaf spring) atas roda belakang, dan enjin petrol yang diambil daripada kereta biasa.

Pikap kompak dipopularkan di Amerika Utara pada 1960-an oleh pengeluar Jepun. Datsun (Nissan, 1959, 1983-kini) dan Toyota menguasai pasaran Amerika Utara hingga penghujung 1970-an. Pengeluar Jepun juga menghasilkan pikap untuk syarikat automobil ‘Big Three’ Amerika. Isuzu membina Luv untuk Chevrolet, Mazda menghasilkan Courier untuk Ford, dan Mitsubishi mengeluarkan Ram 50 untuk Dodge.

BACA >>> Segalanya Pikap [SIRI 1]: Pikap, Trak atau Trak Pikap? Terma Asas yang Perlu Anda Tahu

Pada 1980-an, Mazda mula memperkenalkan pikap sendiri menerusi B-Series, Isuzu (P’up) dan Mitsubishi (Mighty Max). Pada masa sama, tiga gergasi Amerika turut menghasilkan trak kecil sendiri untuk pasaran domestik. Ford mengeluarkan model Ranger, General Motors (Chevrolet S-10 dan GMC S-15/Sonoma twins), dan (Dakota).

Di Eropah, pikap kompak menguasai pasaran pikap walaupun ia popular di kawasan pedalaman. Ada beberapa model pikap diperkenalkan pengeluar Eropah seperti Peugeot 504 Pick-Up yang diteruskan jualan di Eropah Mediterranean dan Afrika selepas pengeluaran model 504 dihentikan.

Pengeluar Eropah Timur seperti ARO atau UAZ juga kekal bertahun-tahun dalam pasaran domestik masing-masing, tetapi kini sudah ditamatkan operasi. Majoriti pikap kompak di Eropah dikuasakan enjin petrol.

2. PIKAP SAIZ-PERTENGAHAN (Mid-Sized Pickup)


Pikap saiz pertengahan pertama ialah Dodge Dakota, diperkenalkan pada 1987 dengan enjin V6 dan V8 bagi membezakannya dengan trak kompak lebih kecil. Rata-ratanya ditawarkan hanya dalam enjin empat silinder. Pikap jenis ini berkemampuan membawa kepingan papan lapis bersaiz 4X8 kaki di atas ruang kargo, sesuatu yang tidak dapat dilakukan pikap kompak.

BACA >>> Segalanya Pikap [SIRI 2]: Bermula 1896 daripada Daimler Sebelum Dipopularkan Ford

Menjelang 2005, gelombang baru pikap saiz-pertengahan diperkenalkan sama ada sebagai jenama baru (Chevrolet dan GMC) atau naik taraf saiz daripada generasi terdahulu (Nissan dan Toyota).

3. PIKAP SAIZ PENUH (Full-Sized Pickup)


Pikap besar ini sesuai untuk memuatkan beban berat dan melakukan pelbagai tugas. Kebanyakan pikap saiz-penuh mampu memuatkan beban sekurang-kurangnya 450kg atas bed dan sesetengahnya boleh menampung berat enam kali ganda daripada itu.

Keluasan bed biasanya dibina untuk menempatkan objek lebar 1.2 meter seperti papan lapis, papan dinding, dan material flat yang dihasilkan dalam standard berkenaan. Ruang bed pikap ini juga mampu membawa material bersaiz panjang 2.4 meter walaupun sesetengah kelas saiz ini diperoleh dengan menggabungkan kabin.

BACA >>> Segalanya Pikap [SIRI 3]: 15 Fakta Menarik Tentang Pikap yang Perlu Anda Tahu

Pikap ini menggunakan enjin depan dan pacuan roda belakang (RWD) dengan pilihan pacuan empat roda (4WD). Kebanyakannya menggunakan gandar hidup dengan spring dedaun di belakang sebagai suspensi. Ia biasa didatangkan dengan enjin V6 dan V8, serta tambahan enjin diesel sebagai pilihan.

4. TRAK DWI RODA (Dual-Wheeled)


Pikap saiz-penuh terbesar ini menggunakan dua tayar belakang, yakni dua roda pada setiap belah dalam satu gandar. Dirujuk sebagai ‘duallies’ (DOOL-eez), atau pikap dwi roda dan kerap dilengkapkan dengann roda kelima untuk menunda treler berat.

Tipikalnya, pikap dwi roda berada dalam kategori Trak Kelas 3. Bagaimanapun, model Ford F-450 pada 2008, 2009 dan 2010, F-450 melayakkan diri memasuki Kelas 4.

5. TRAK TUGASAN-BERAT (Heavy-Duty)


Hanya tiga pengeluar automobil menghasilkan trak Tugasan-Berat, General Motors (GM), Ford, dan Chrysler Group & VIA Motors. Tidak seperti pikap saiz penuh, kewujudan pikap ini hampir terhad di pasaran Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico, Venezuela dan Timur Tengah.

Pikap jenis ini biasa dijual pada harga AS$100,000 (RM304,860) atau lebih di luar rantau itu berikutan cukai import, peraturan keselamatan dan beberapa kes disebabkan perubahan roda stereng ke bahagian bertentangan.

BACA >>> Segalanya Pikap [SIRI 4]: 10 Pikap Paling Laris dalam Sejarah

Dijana enjin berkuasa tinggi, semua pikap kerja berat ini menggunakan kuasa petrol. Pembuat pikap komersial turut menawarkan varian untuk perniagaan, misalnya International TerraStar.

6. TRAK OTOT (Muscle Truck)


Pikap versi prestasi tinggi dan dikeluarkan beberapa tahun kebelakangan ini. Selain pikap bersilinder besar, model terkenal lain termasuk Dodge dengan model Warlock (1976–1979), Li’l Red Express (1978–1979), Midnite Express (1978), Shelby Dakota (1989), Ram VTS (1996–2001), R/T Dakota dan SRT-10 (2004–2006).

Ford pula menampilkan 5.8 HO F-150 (1985–1986), Lightning (1993–1995 and 1999–2004) dan NASCAR Edition F-150 (1998 only), manakala GM mengeluarkan Chevrolet 454 SS (1990–1993), GMC Syclone, Chevrolet S-10 Xtreme, Chevrolet Colorado Xtreme, Chevrolet Silverado SS, Joe Gibbs Silverado (2004–2006) GMC Sierra Denali, dan Chevrolet SSR.

7. TRAK UTILITI SUKAN (SUT)


Ada terma pemasaran yang diambil daripada Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) dan crossover dengan perbezaan empat pintu dan ruang kargo terbuka seperti pikap lain. Sesuai digunakan untuk kerja ringan hingga berat, bergantung kepada kenderaan.

Antara SUT terkenal adalah Honda Ridgeline, Hummer H2 SUT, Chevrolet Avalanche, Ford Explorer Sport Trac, the Cadillac Escalade EXT, SsangYong Musso Sports dan SsangYong Actyon Sports.

8. TRAK KHAS


Dilengkapi dengan keperluan off-road. Trak ini direka khas untuk menjadi lebih berkemampuan berbanding kenderaan 4X4 biasa. Dodge menawarkan Power Wagon pada 2005. Ford pula memperkenalkan SVT Raptor pada 2010. GM buat masa ini memiliki trak konsep dipanggil Sierra All Terrain HD Concept.

9. PIKAP COUPE


Jenis varian pikap yang menyambungkan badan belakang (bed) dengan badan depan (coupe).

Gaya badan pikap coupe ialah jenis trak kerja ringan (light-duty) berasaskan platform kereta sama ada badan tunggal (unibody), koc atau badan auto dan casis. Ia biasanya (bukan eksklusif) didatangkan dengan 2 pintu dalam satu kabin dan ruang kargo bersepadu.

Di AS, pikap ini dikenali sebagai pikap coupe atau coupe express, serta dikeluarkan pada 1930 hingga 1980-an, serta popular di kalangan penjual bunga sebagai jentera memuatkan barangan jualan mereka.

Antara pikap coupe terkenal ialah Ford Ranchero dan Chevrolet El Camino. Model Subaru Baja ditawarkan dalam 4 pintu. Di pasaran Malaysia, syarikat automobil nasional pernah mengeluarkan Proton Arena sebagai pikap coupe.

autotainment jenis pikap pikap segalanya pikap sejarah pikap Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.