• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Segalanya Pikap [SIRI 2]: Bermula 1896 daripada Daimler Sebelum Dipopularkan Ford

Segalanya Pikap [SIRI 2]: Bermula 1896 daripada Daimler Sebelum Dipopularkan Ford

February 23, 2016 By AO 2 Comments

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAMA beberapa tahun pikap merujuk kepada trak setengah tan (500kg). Menurut istilah umum yang difahami ramai pemilik pikap, maksud trak setengah tan muncul atas kemampuan kenderaan itu membawa beban muatan hingga setengah tan dalam kabin (cab), atau ruang belakang/kargo (bed).

[MAKLUMAN: Lanjutan daripada artikel SIRI 1, istilah trak dalam artikel ini juga merujuk kepada pikap berdasarkan klasifikasi Amerika Syarikat (AS)]

BACA >>> Segalanya Pikap [SIRI 1]: Pikap, Trak atau Trak Pikap? Terma Asas yang Perlu Anda Tahu

Bagaimanapun, kemajuan automotif banyak mengubah kriteria trak, di mana kapasiti beban hari ini sudah melebihi setengah tan. Jadi, maksud trak setengah-tan cuma tepat untuk model pikap generasi awal sekitar 1960-an.

Sejak prototaip pikap diperkenalkan pada 1925, trak pikap diterima meluas seluruh AS hingga ada sesetengah negeri memberikan tumpuan khas kepada penghasilan pikap berbanding negeri lain. Menurut data dikeluarkan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas dan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), California ialah negeri paling banyak memiliki trak pikap (24 peratus), disusuli Texas (21 peratus) dan Florida (10 peratus).

FORD MODEL-T RUNABOUT DENGAN BADAN PIKAP

ford-model-t-runabout-with-pickup-body-pandulajudotcomdotmy
Pikap pemasangan kilang pertama dibina berasaskan kereta Ford Model T dengan belakang kenderaan diubah suai. Ia muncul kali pertama pada 1925 dan dijual kepada penduduk AS pada harga AS$281 (RM861).

Pereka kereta, Henry Ford menggelarkan pikap itu sebagai 'Ford Model T Runabout dengan Badan Pikap' (gambar utama). Sebanyak 34,000 unit yang dikeluarkan pada tahun pertama memuatkan kotak kargo, lampu boleh laras, empat poket pancang dan spring tugas berat.

Pada 1928, Model A menggantikan Model T, yang menjadi pikap kabin tertutup pertama. Antara inovasi dilakukan ialah cermin depan yang selamat, tingkap sisi boleh naik dan transmisi 3-kelajuan. Ia dikuasakan enjin 4 silinder L-head yang mampu menghasilkan kuasa kuda 40hp.

Ford Australia ialah syarikat pertama menghasilkan coupe utiliti. Idea pembinaan pikap itu berpunca daripada sepucuk surat daripada isteri seorang petani di Victoria, Australia pada 1932 yang meminta dibina sebuah kenderaan untuk ke gereja pada Ahad selain mampu memuatkan ternakan babi ke pasar pada Isnin.

Coupe utiliti muncul pertama kali di Australia dan dikenali sebagai ute. Ia direka oleh Lewis Bandt dari Ford Australia. Pada 1932, enjin V8 falthead berkuasa 65hp ditawarkan sebagai pilihan trak. Menjelang 1936, Ford sudah menghasilkan tiga juta trak dan mendahului industri berkenaan dari segi jualan.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Ute aka Kereta Pikap, Kenapa Begitu Popular di Australia?

FORD BUKAN PENGELUAR PERTAMA?

Ya, betul. Ford cuma pengeluar automobil yang pertama mengeluarkan pikap di kilang pemasangan dan dijual kepada umum secara besar-besaran. Konsep pertama pikap trak sudah diperkenalkan seawal penghujung abad ke-18. Sekarang, mari kita lihat kronologi sejarah pikap seluruh dunia.

1896

vehicle-no-42-pandulajudotcomdotmy
Gottlieb Daimler menghasilkan rekaan dipanggil Kenderaan No 42. Automobil itu ialah konsep pertama trak tanpa bantuan kuda dengan kuasa 4hp berkapasiti enjin dua silinder 1.1L. Kenderaan No 42 diiklankan dengan kemampuan jentera itu menarik beban 3,300 paun (1,496kg) walaupun ramai skeptikal dengan fakta tersebut.

Awal 1900-an

Gaya trak pikap King, Reo, Autocar, dan Auto Wagon dihasilkan di kilang.

1918

trak-chevrolet-pandulajudotcomdotmy
Chevrolet menghasilkan model trak awal dengan rekabentuk seperti kereta tanpa frem badan belakang. Bagi menjadikan kenderaan itu berfungsi seperti trak, pengguna perlu memasang bed mereka sendiri.

1922

Trak pikap pertama diperkenalkan di Jepun.

1925

ford-model-a-pandulajudotcomdotmy
Ford Motor Company tampil menawarkan opsyen menambah bed kepada Model-T. Kemudian Model-T Roundabout dengan Badan Pikap dihasilkan secara massa. Tiga tahun selepas itu, trak pikap Model-A pula dihasilkan dengan cab keluli sepenuhnya dan tingkap boleh naik-turun.

1929

trak-pikap-dodge-setengah-tan

Chrysler Corporation menghasilkan trak pikap Dodge setengah-tan pertama.

1931

Trak pikap pemasangan kilang Chevrolet meletup di pasaran.

1935

trak-pikap-g1-pandulajudotcomdotmy
Toyota melancarkan trak pikap model G1.

Bermula awal 1930-an, kereta-kereta konvensional mula dihasilkan rekabentuk profil rendah dan ini menyukarkan ia ditukar kepada trak dengan menambah bed di belakang. Akhirnya trak dihasilkan sebagai kenderaan berasingan daripada pengeluar automobil. Pasaran trak pikap, terutama di AS melonjak berikutan Perang Dunia Kedua.

SUMBER:  BuyAutoInsurance.com

Artikel Berkaitan

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Ford, Roda4 Tagged With: Ford, gottlieb daimler, model-t roundabout with pickup body, pikap, Retro Auto, Roda4, segalanya pikap, sejarah automotif, Trak, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my