Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Segalanya Pikap [SIRI 4]: 10 Pikap Paling Laris dalam Sejarah
Autotainment

Segalanya Pikap [SIRI 4]: 10 Pikap Paling Laris dalam Sejarah

Han OthmanBy Han Othman26/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBENARNYA rekabentuk pikap hari ini banyak dipengaruhi 10 pikap paling laris di bawah yang mencetuskan kegilaan pembeli seluruh dunia. Jadi, jangan tanya kenapa rekabentuk pikap tidak banyak berubah sejak puluhan tahun lama dulu. Ini kerana itulah rekabentuk yang dimahukan peminat-peminatnya!

1. FORD F150


Kemaskini dilakukan menjadi standard baru bagi pikap saiz-penuh. F150 ialah sebahagian daripada model Ford Siri-F yang menjadi trak terlaris dengan 34 juta unit terjual selama lebih 30 tahun.

2. CHEVROLET 3100


1947 Chevrolet 3100 ialah pikap klasik terkenal – trak ringan dengan rekabentuk termaju yang meraih populariti susulan Perang Dunia Kedua (WWII).

3. CHEVROLET CAMEO


The 1955 Chevy Cameo ialah model pembaharuan era 1950-an dengan rekabentuk semula badan kereta moden dan enjin V-8 yang jauh berbeza berbanding trak tugasan-ringan Chevy yang dikuasakan enjin enam silinder hingga 1955.

4. TOYOTA TACOMA


Pikap kompak Toyota dilancarkan kali pertama pada 1964 dan kini sudah memasuki pengeluaran generasi ke-8.

5. CHEVROLET C/K


1967 Chevrolet C/K ialah trak pikap menarik yang menjadi sebahagian daripada Chevy Action Line; Chevy C/K yang tampil dengan rekabentuk siluet tipikal trak dengan sudut mengancam, garis tajam dan versatiliti.

6. FORD RANGER


1982 ialah tahun terbaik buat Ford Ranger yang kemudian direka semula pada 1993 sebelum dinaik taraf rupa luaran pada 1998. Model Ranger terbaru memuatkan ciri-ciri teknologi keselamatan termaju selain penambahbaikan sistem ekonomi bahan api.

7. GMC SYCLONE


Pada 1992, GMC Syclone mencetuskan gelombang kegilaan pikap kompak dengan jentera berenjin 4.3 L V-6 turbocharger bersama transmisi empat-kelajuan dan anjakan Corvette.

8. DODGE RAM


Dodge Ram 1500 diperkenalkan pada 1994 untuk menggantikan model pikap Dodge terdahulu dan dengan pantas meningkat popular. Rekabentuk Ram diubah serba baharu pada 2009.

9. DODGE DAKOTA


Pikap Dodge Dakota direka semula pada 2008 dengan cab kuad dan opsyen lanjutan cab bersama konsol tengah baharu, panel instrumen dan enjiin 4.7 L V-8.

10. CHEVROLET SILVERADO


Kali terakhir Chevrolet Silverado 1500 membuat penampilan adalah pada 2009 menerusi enjin V8 , platform baharu, bahagian depan baharu bagi pikap saiz-penuh. Silverado 1500 tampil dengan 40 konfigurasi berbeza.

SUMBER: buyautoinsurance.com

autotainment fakta pikap pikap pikap paling laris Roda4 segalanya pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.