Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SEAT Jadi Pengeluar Motosikal, Bakal Perkenal eScooter Concept Pertama
Auto Terkini

SEAT Jadi Pengeluar Motosikal, Bakal Perkenal eScooter Concept Pertama

Abang HirataBy Abang Hirata08/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Group diwakili Ducati dalam segmen dua roda dan selepas ini bertambah satu lagi pengeluar, SEAT yang bakal mempamerkan eScooter Concept dengan trenkuasa elektrik 100 peratus sempena Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (Smart City Expo World Congress) di Barcelona, 19 November depan.

Model elektrik itu dikatakan mempunyai persamaan dengan model 125cc dan dirancang dijual pada 2020.

Menarik tentang pendekatan diambil SEAT ialah mobiliti urban yang menjadi segmen hangat masa kini. Secara ringkas, SEAT bukan menjual motosikal, tetapi pengangkutan urban dan menjadi sebahagian strategi baharu pengeluar itu yang menumpukan kepada penyelesaian lestari dalam bandar.

Dalam skala lebih besar, SEAT sebenarnya menerajui strategi pengangkutan mikro (micromobility) Volkswagen Group. Seperti pernah kami laporkan, dua kenderaan unik, iaitu kereta konsep SEAT Minimó dan SEAT eXS Kickscooter yang dikuasakan Segway, juga sebahagian strategi tersebut.

SEAT memang istimewa dalam Volkswagen Group, dan sudah pun mengeluarkan kereta lumba 100 peratus elektrik, Cupra e-Racer seterusnya mendahului jenama lain.

BACA >>> Cupra e-Racer – Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!

Bagi projek terbaharu ini, SEAT akan bekerjasama dengan pengeluar motosikal elektrik dari Barcelona, Silence untuk menghasilkan skuter yang akan dijual kepada pelanggan persendirian dan syarikat perkongsian kenderaan. SEAT juga memilih Barcelona kerana bandar itu mempunyai pengguna motosikal per kapita paling tinggi di Eropah.

SEAT turut mengumumkan rancangan menjadi penyedia perkhidmatan mobiliti yang menjangkau skop lebih luas berbanding pengeluar kenderaan saja. Ia juga reaksi kepada trend utama masa depan iaitu kerjasama, perkongsian dan ekonomi lestari.

Ini kali kedua kita mendengar hasrat pengeluar kereta mahu menjadi penyedia mobiliti selepas Toyota yang turut menyatakan hasrat sama. Apa kami faham ialah pada masa depan kenderaan bukan setakat menjadi keperluan tetapi menjadi pemudahcara. Ia satu konsep menarik untuk dipelajari dan ditekuni.

BACA >>> Cupra e-Racer – Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!

SEAT Minimó
SEAT Minimó
SEAT Minimó
Auto Terkini e-Skuter roda2 Seat SEAT eScooter concept skuter elektrik
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.