Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Scrambler Mini Brixton CrossFire 125 XS (2023) pun Masuk Malaysia Minggu Ini?
Auto Terkini

Scrambler Mini Brixton CrossFire 125 XS (2023) pun Masuk Malaysia Minggu Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA pelancaran Brixton Cromwell 1200, MForce Bike Holdings (MForce) turut mempamerkan beberapa model Brixton lain yang akan diperkenal tidak lama lagi. Salah satunya ialah model mini Brixton Crossfire 125 XS (2023).

Brixton Crossfire 125 XS bakal menjadi model kapasiti paling kecil pertama Brixton di Malaysia dengan menampilkan gaya scrambler mini.

Model ini dijangka menarik minat pembeli yang mahukan motosikal yang menawarkan gaya tunggangan unik selepas ‘hilangnya’ Kawasaki Z125 Pro dan Honda MSX (Grom) dari pasaran tempatan.

Brixton Crossfire 125 XS bakal debut sempena acara Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 minggu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang juga lokasi sama pelancaran sportbike QJMotor 600RC dan skuter SYM.

Setakat ini, belum ada maklumat spesifikasi rasmi dan harga Brixton Crossfire 125 XS. Bagaimanapun, model itu sudah ditawarkan di beberapa pasaran, manakala laman web rasmi Brixton turut mendedahkan perincian motosikal berkenaan:

WARNA

Ada tiga pilihan warna ditawarkan: Clockwork Orange (jingga), Cargo Green (hijau) dan Backstage Black (hitam).

PERINCIAN

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 11hp @ 8,500rpm, dan tork 9.6Nm @ 6,500rpm, manakala kelajuan maksimum 95kmj.
  • Transmisi manual 5-kelajuan.
  • Panel meter analog dengan skrin digital kecil.
  • Fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang).
  • Rim aloi 12 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 130/70 (belakang).
  • Brek cakera tunggal 220mm (depan), dan 190mm (belakang) dengan dilengkapi teknologi Sistem Brek Kombi (CBS)
  • Berat kasar 111kg, mampu bawa muatan maksimum 281kg.
  • Dimensi panjang 1,690mm, lebar 780mm, tinggi 990mm. Tinggi pelana 760mm.
  • Kapasiti tangki minyak 11 liter.
  • Sistem lampu LED penuh.
Auto Terkini Brixton Crossfire 125 XS (2023) Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS 23) MForce Bike Holdings (MForce) Motosikal Mini Motosikal mini 125cc roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.