Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Saya Cacat Kaki, Bukan Otak’ – Uncle Chin Kongsi Kisah Tunggang Motor Lebih 100km Setiap Hari untuk Jual Aiskrim
Auto Terkini

‘Saya Cacat Kaki, Bukan Otak’ – Uncle Chin Kongsi Kisah Tunggang Motor Lebih 100km Setiap Hari untuk Jual Aiskrim

Abang GYLBy Abang GYL24/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengejar Impian Petronas Uncle ChinCHIN Kun On atau lebih mesra dikenali sebagai Uncle Chin bekerja sebagai kontraktor perumahan di Kulim, Kedah sebelum dia terlibat kemalangan pada tahun 2000 yang menyebabkan beliau kehilangan kaki kanannya. Namun, kecacatan bukan alasan untuk Uncle Chin meminta simpati orang ramai dengan cara meminta sedekah.

Menurut Uncle Chin, beliau cuma cacat kaki, bukan otak. Selepas dicadangkan rakan supaya bekerja menjual aiskrim kerana mudah dan lebih sesuai dilakukan, beliau terus nekad belajar menunggang motosikal orang kurang upaya (OKU).

Katanya, inilah kali pertama beliau menunggang motosikal. Sebaik selesai mendapatkan lesen, beliau terus bekerja sebagai penjual aiskrim bermotosikal.

Pengejar Impian Petronas Uncle ChinTERPAKSA HARUNGI 100KM SETIAP HARI

Lebih mencabar, Uncle Chin perlu berulang alik menunggang motosikal sejauh lebih 100km setiap hari dari Kulim ke Selama Kedah, kerana perlu pergi ke lokasi yang difikirkan boleh untung menjual aiskrim.

Tambahnya, tempat paling untung ialah di kawasan sekolah, terutama musim persekolahan kerana aiskrim yang dijualnya cepat habis. Malah, Uncle Chin terpaksa mengharungi segala susah payah itu sendirian memandangkan isterinya tidak dapat bekerja kerana mengidap barah.

Paling penting, Uncle Chin tidak pernah berkrompomi dalam hal penyenggaraan motosikal. Tanpa mengharapkan bantuan ehsan orang lain, Uncle Chin turut berkongsi cara beliau menjaga prestasi enjinnya dengan menukar sendiri minyak enjin jenis PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex setiap 15 hari atau dua kali dalam sebulan.

Setakat ini, beliau berkata, motosikalnya tidak pernah buat hal lagi malahan terasa lebih ringan dan sedap ditunggang. Selain kekuatan semangat, minyak pelincir ini banyak membantu beliau menjalani perniagaan bagi menyara ahli keluarganya.

Pengejar Impian Petronas Uncle Chin
Pengejar Impian Petronas Uncle Chin

KONGSIKAN CERITA INSPIRASI ANDA

Apakah anda berkongsi kisah inspirasi yang serupa atau lebih kurang sama seperti Uncle Chin? Apakah anda menyimpan kisah tentang insan-insan lain sekeliling anda yang terpaksa meredah perjalanan beratus kilometer untuk mencari sesuap nasi? Ataupun perjalanan demi satu bentuk perjuangan yang penuh menyentuh rasa.

Menerusi kempen Pengejar Impian yang dibawa khas oleh PETRONAS, jom kongsikan saja kisah inspirasi anda itu dengan cara berikut:

  • ‘Like‘ dan ‘Follow‘ laman Facebook dan Instagram PETRONASBrands.
  • Tonton video inspirasi Uncle Chin dan ditanda #PengejarImpian #PETRONASSprinta
  • Tuliskan kisah inspirasi anda dalam profil Facebook dan Instagram anda sendiri dengan dimulakan ayat “Inilah cerita pengejar impian saya…”
  • Tamatkan kisah anda itu dengan menulis hashtag, #PengejarImpian dan #PETRONASSprinta
  • Setkan status anda sebagai ‘Public‘.

Peraduan ini akan bermula sekarang dan tamat pada 8 Disember jam 11:59 am. Cuma tiga pemenang akan dipilih dan diumumkan pada 15 Disember 2017. Setiap peserta dibenarkan menulis satu kisah inspirasi sahaja dan anda boleh menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.

Pemenang bertuah akan memenangi bekalan minyak pelincir PETRONAS Sprinta UltraFlex dan PETRONAS Primax selama setahun. Mari kita sama-sama lihat video kisah inspirasi Uncle Chini di SINI.

Chin Kun On kisah uncle chin pengejar impian Pengejar Impian Petronas Uncle Chin peraduan pengejar impian petronas sprinta Petronas PETRONAS Primax PETRONAS Sprinta UltraFlex uncle chin
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026

    1 Comment

    1. Fauziah binti Ismail on 21/10/2017 12:26

      Kenal sgt dgn uncle chin..selalu rehat kt bawah pokok rambutan gading kt depan rumah sy di tmn menteri selama. Anak2 sy selalu beli aiskrim yg dia jual.. seorang yg sangatt gigih. Berkongsi mcm2 cerita sedih hidup dia dgn arwah suami sy. Kami jadikan cerita2 hidup dia sebagai panduan utk tempuhi hidup dlm keadaan yg serba kurang. Dia sentiasa senyum pd semua org yg dia temui…he is a very humble person. Miss uncle chin….

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.