Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SAV EV Kompak LWB, BMW iX1 eDrive20L M Sport Lancar di Malaysia, Harga RM259,800
Roda4

SAV EV Kompak LWB, BMW iX1 eDrive20L M Sport Lancar di Malaysia, Harga RM259,800

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu

BMW Group Malaysia melancarkan kenderaan elektrik (EV), BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu, iaitu varian kenderaan utiliti sukan (SUV) jarak roda panjang (LWB) untuk SUV EV BMW iX1.

SUV EV itu (dipanggil BMW sebagai kenderaan aktiviti sukan, SAV), direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan ruang dalaman lebih luas tanpa mengorbankan karakter pemanduan sporty BMW.

Dengan jarak roda dipanjangkan 110mm dan panjang keseluruhan bertambah 116mm, model SAV EV itu menawarkan peningkatan ketara dari segi ruang kaki dan lutut penumpang belakang, yang lebih sesuai untuk kegunaan keluarga dan perjalanan jarak jauh.

Rekabentuk Moden, Kabin Lapang

BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu

BMW iX1 eDrive20L M Sport tampil dengan gril tertutup corak ‘X’, lampu depan LED Adaptif dengan kemasan M Shadowline, dan rim aloi ringan M 19 inci, manakala dari belakang, lampu LED bentuk ‘L’ tiga dimensi (3D) menguatkan identiti BMW i.

Ruang dalaman menampilkan rekaan BMW Curved Display bersama sistem operasi (OS) BMW Operating System 9, stereng kulit  M Leather, dan kemasan aluminium heksagon cerah.

Antara ciri utama ialah bumbung panoramik tanpa pilar tengah, kerusi sport elektrik dengan fungsi memori, sistem bunyi Harman Kardon 205W, dan ruang bagasi hingga 1,600 liter.

Prestasi, Kecekapan Elektrik

BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu

SAV EV kompak itu ini menggunakan motor elektrik pacuan depan yang menghasilkan output kuasa 150kW (204 hp) dan tork 250Nm. Pecutan 0 – 100kmj mengambil masa 8.6 saat, manakala jarak pemanduan maksimum mencecah 433km (WLTP).

Bateri 66.5kWh menyokong pengecasan standard (AC) 11kW (0 – 100 peratus dalam kira-kira 6 jam 45 minit) dan pengecasan pantas (DC) hingga 130kW untuk 10 – 80 peratus sepantas 32 minit.

Harga, Perlindungan Pemilikan

BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu

BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu ditawarkan pada harga RM255,000, atas jalan tanpa insurans. Model EV segmen-C itu  turut dilindungi pakej BSRI lima tahun, waranti bateri lapan tahun, dan sokongan menyeluruh bawah inisiatif Relax. We Care. BMW Group Malaysia.

BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu
Auto Terkini BMW Group Malaysia BMW iX1 eDrive20L M Sport BMW Malaysia BMW SUV BMW Terkini SUV Elektrik SUV TERKINI
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Roda4

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

    23/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.