Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sah Lancar Secara Rasmi Malam Ini! Berapakah Harga Proton X70?
Auto Terkini

Sah Lancar Secara Rasmi Malam Ini! Berapakah Harga Proton X70?

Han OthmanBy Han Othman12/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON X70 bakal dilancarkan secara rasmi hari ini. Segala rupa dan spesifikasi bukan lagi menjadi rahsia. Malah, pengunjung juga diberikan peluang melihat dan menyentuh sendiri model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton itu pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 beberapa minggu lalu.

Sekarang apa yang kekal menjadi rahsia ialah harga.

BACA >>> Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Supaya tidak tersasar membuat ramalan harga yang bukan-bukan, kita patut mengetahui X70 ialah SUV yang termasuk dalam kategori segmen C atau kompak. Di pasaran, antara pesaing sama kelas dengan model nasional itu ialah Honda CR-V, Mazda CX-5 , Nissan X-Trail, Hyundai Tucson dan Kia Sportage. Semua model pesaing itu berada dalam julat harga RM126,000 hingga RM163,000.

Memandang, X70 ialah model tempatan, dan mengambil kira posisi harga model Proton lain sebelum ini, memang tidak mustahil sekiranya harga SUV pertama pengeluar nasional itu lebih murah berbanding julat harga pesaing sama kelas, sekurang-kurangnya untuk varian paling asas.

Jadi perbandingan paling munasabah ialah meletakkan X70 dalam barisan SUV dalam segmen SUV lebih kecil, iaitu segmen B atau subkompak seperti Honda HR-V, Toyota CH-R dan Mazda CX3. Di pasaran tempatan, harga ketiga-tiga model jenama bukan nasional itu berada dalam julat harga serendah RM92,000 hingga RM150,000.

Adakah julat harga RMX70 ialah antara RM92,000 hingga RM150,000? Sebenarnya kami pun tidak tahu, malah pengedar Proton sendiri pun tidak tahu kerana rahsia harga SUV itu hanya akan didedahkan esok.

BACA >>> Apakah Rahsia di Sebalik Nama Proton X70?

Jadi berapakah harga X70 yang akan diperkenalkan Proton nanti? Berapakah pula harga yang sanggup dibayar pembeli Malaysia untuk SUV ini berdasarkan segala spesifikasi dan ciri yang pernah kami dedahkan sebelum ini?

Selamat berteka-teki sehingga malam esok. 😛

Geely harga proton x70 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton PROTON Holdings Berhad Proton X70 Roda4 SUV SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.