• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

November 16, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON X70 mendapat rating 5 bintang dalam Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu Asia Tenggara (Asean NCAP). Penarafan diterima itu menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton tersebut sebagai antara model yang menduduki barisan tertinggi dalam segmen SUV bagi keselamatan penumpang.

Barisan jurutera dan perekabentuk Proton memberi perhatian kepada setiap butiran dalam memastikan X70 mendapat skor tinggi berdasarkan protokol ujian terkini 2017-2020. Menurut standard baharu Asean NCAP, teknologi bantuan keselamatan turut diambil kira dan dinilai sebanyak 25 peratus daripada skor keseluruhan.

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton Perincikan Varian, Warna dan Material X70

GUNA TEKNOLOGI HPF

PROTON X70 ASEAN NCAP
Proton X70 SUV Malaysia_PanduLaju_PROTONSUVFrontGrey

Proton sudah sedia menghasilkan struktur badan berasaskan teknologi pembentukan tekanan panas (HPF) dalam pembuatan kerangka kereta penumpang sejak 2012. Penggunaan teknologi sama ialah salah satu sebab kenapa X70 dapat memberikan tahap perlindungan tinggi kepada penumpang SUV itu.

Bersama kerangka HPF ialah ciri 6 beg udara untuk semua varian, pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, dan tali keledar dengan sistem pra-penegang dan pengehad beban yang turut membantu X70 meraih skor sempurna untuk ujian kesan sampingan dan teknologi perlindungan kepala.

Ini ditambah pula ciri bantuan pemandu seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) yang banyak memberi kelebihan kepada X70 mendapatkan skor tinggi untuk kategori teknologi keselamatan.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Proton bakap mempamerkan 5 unit X70 sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang melihat secara langsung model SUV baharu tempatan itu!

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 5 bintang ASEAN NCAP, ASEAN NCAP, Auto Terkini, Boyue, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), KLIMS 2018, Model Suv Proton, Proton, Proton X70, Rating Asean NCAP, SUV, SUV kompak, SUV Segmen-C, ujian perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my