Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»SAH! Kawasaki Versys X250 Tourer Versi CKD Masuk Malaysia Tahun Depan
Roda2

SAH! Kawasaki Versys X250 Tourer Versi CKD Masuk Malaysia Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS melancarkan sportbike Kawasaki Ninja 250 dan streetbike Z250, Modenas menerusi EMOS bercadang meluaskan segmen motosikal 250cc dwi-silinder dengan tawaran Kawasaki Versys X250 Tourer. Model touring itu akan diperkenalkan sebagai satu lagi produk pemasangan tempatan (CKD) menjelang tahun depan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan pada debut Kawasaki Ninja ZX-25R di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena penganjuran GP Malaysia hujung minggu lalu.

BACA >>> Modenas Lancar Ninja 250, Ninja 250 ABS, Z250 ABS, Harga Mula RM18.9k!

Kawasaki Versys X250 Tourer (2023) versi import (CBU) dari Jepun yang dipamerkan di ruang pameran Kawasaki di Sepang minggu lalu dilengkapi beberapa aksesori seperti gad tangan, visor angin tinggi, kowl enjin, bar rempuh depan, dua unit kotak sisi, pelindung bar hendal (bahagian hujung) dan tongkat kembar sebagai ciri standard.

Malah skema warna model CBU, Pearl Matte Sage Green (hijau kusam) baru saja diumumkan di Jepun pada 15 Oktober lalu.

Berdasarkan maklumat sumber, PanduLaju difahamkan model yang dijangka dilancarkan kelak nanti akan dilengkapi ciri sama. Mengenai harga, terpaksalah kita semua menunggu majlis pelancaran kelak.

Berikut spesifikasi Kawasaki Versys X250 Tourer versi CBU dari Jepun:

  • Trenkuasa 4-lejang 2-injap 2-silinder 248cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 32.5hp @ 11,500rpm dan tork 21Nm @ 10,000rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah jenis multiplat.

BACA >>> KTM RC390 Versi CBU Masuk Malaysia, Harga Cuma RM33.8k!

  • Frem jenis tubular berlian dengan jarak travel depan 130mm dan belakang 148mm.
  • Rim jejari 19 inci dengan tayar 100/90 (depan) dan 17 inci dengan tayar 130/80 (belakang).
  • Fork teleskopik di depan dan monoshock Uni-Trak di belakang.

BACA >>> Suzuki Raider R150 Fi Liveri Ecstar Ada di Sepang, Jangka Masuk Pasaran Tahun Depan

  • Sistem brek cakera tunggal 261mm (depan) dan brek cakera 193mm (belakang) berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Dimensi panjang 2,170mm, lebar 940mm, tinggi 1,390mm, manakala jarak roda 1,450mm dan jarak lega bumi 180mm.

BACA >>> Yamaha YZF-R7 (2022) Muncul di Sepang, Bakal Jadi Model CKD?

  • Tinggi pelana 815mm dan berat kasar 183kg. Kapasiti tangki minyak 17 liter.
  • Soket pengecas disediakan sebelah panel meter jenis kombinasi analog dan digital.

BACA >>> Kawasaki Versys X250 Tourer (2022) Lancar di Jepun Bulan Depan, Harga RM26.5k!
BACA >>> #BikinMotor: Kawasaki Versys 250 Jadi Dual-Sport Dua Alam

EMOS Kawasaki Kawasaki Malaysia Kawasaki Versys X250 Tourer Modenas Kawasaki roda2 Roslan Roskan Tourer Asas 250cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.