Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Ranger Generasi Baharu (2022) Debut 24 November Ini!
Roda4

Ford Ranger Generasi Baharu (2022) Debut 24 November Ini!

Abang HirataBy Abang Hirata04/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANEH bukan? Anda boleh memesan trak pikap prestasi Ford Ranger Raptor menerusi pengedar rasmi tetapi bukan untuk model Ford lain seperti Focus dan Fiesta.

Ford sejak beberapa tahun lalu hanya menjual Everest dan Ranger di pasaran tempatan dan situasi sama juga berlaku di negara jiran. Semestinya keputusan itu dibuat berdasarkan rasional perniagaan.

BACA >>> MB Kedah Sudah Bayar Kompaun RM1,500 Langgar SOP
BACA >>> AS ‘Tertinggal’ 43,000 Ford Ranger, 22,000 Humvee Di Afghanistan

Walaupun bilik pameran Ford sepi tanpa model  lain, tetapi tetap meriah dengan pelbagai varian Ranger ditawarkan. Faktanya, Ford memang terkenal sebagai pembuat trak pikap yang boleh dilihat pada dominasi F-150 dalam takhta jualan kenderaan di Amerika Syarikat (AS).

Cuma F-150 bukan trak pikap global, tetapi tugas itu digalas Ranger yang berupaya menyaingi Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton. Ford Ranger T6 di pasaran sekarang pula sudah berusia selepas diperkenalkan sejak 2011. Model itu cuma nampak baharu kerana Ford sentiasa melakukan kemas kini, dan ditambah pula pengenalan Ranger Raptor.

BACA >>> Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm
BACA >>> VelociRaptor 600 – Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!

Selepas lama di pasaran, Ford Motor Company (Ford) mengumumkan Ranger generasi baharu serba baharu akan diperkenalkan pada 24 November ini.

Menurut Ford, pikap baharu itu akan direka dan dihasilkan sebagai Ranger paling versatil, pintar dan berkebolehan kepada peminat seluruh dunia.

Bagi menghasilkan Ranger serba baharu itu, Ford melakukan lebih 5,000 temu bual dan bekerjasama dengan beratus-ratus pemilik trak pikap, termasuk menganjurkan beberapa bengkel di serata dunia. Tujuannya, Ford mahu mengetahui bagaimana pemilik menggunakan trak pikap mereka, apa disukai dan dimahukan, serta mana satukah pengalaman paling penting buat mereka.

Pendekatan mengutamakan pelanggan itu nyata membantu Ford merekabentuk dan menghasilkan Ranger yang dimahukan dan dihargai pelanggan.

Antara dapatan menarik dikongsi Ketua Pereka Ranger, Max Tran, tidak kira di pasaran mana, pelanggan Ford ialah seseorang pembuat (doers) yang gemar menyelesaikan masalah sendiri dan suka untuk merasa yakin dengan kenderaan  mereka yang bukan sekadar fungsi, tetapi perasaan ketika memandu.

Selain itu, Ford juga mendakwa Ranger serba baharu nanti bakal menawarkan ekstra keselesaan dan tahap kehalusan lebih tinggi berbanding model terdahulu. Kenyataan ini pasti melegakan kerana era trak pikap yang kasar, pengalaman duduk di belakang yang kurang selesa dan ciri yang serba kekurangan kini sudah pun berlalu.

Aspek premium dan keselesaan perlu diletakkan dalam satu pakej kerana bukan semua pemilik trak pikap memandu kenderaan mereka ke hutan atau meredah jalan off-road.

Setakat penghujung Oktober lalu, Ford memandu uji Ranger serba baharu dengan jarak perbatuan sejauh 10,000km di padang pasir, bersamaan 1,250,000km pemanduan yang dilakukan pelanggan, atau menyamai 625,000km ujian ketahanan off-road dengan kapasiti maksimum.

Menariknya, Ford turut melakukan ujian ekstensif menggunakan simulasi komputer dan simulasi dunia sebenar dalam makmal, membabitkan pelbagai aspek seperti aerodinamik, komponen dan ketahanan struktur.

Pemilik Ranger mengharapkan trak pikap itu nanti dapat dipandu ke mana saja dan ujian ketat perlu dilakukan dan ada yang terlalu berisiko untuk diuji manusia. Jadi, simulasi komputer dan robot digunakan bagi menggantikan manusia, sebagai contoh ujian bunyi dan gegaran dengan bahagian suspensi dan keseluruhan badan kereta diletakkan dalam kitaran 24 jam selama tujuh hari seminggu.

Pelancaran Ranger serba baharu itu juga mengujakan kerana bakal menjadi pesaing langsung kepada pesaing utamanya, Toyota Hilux!.

BACA >>> VelociRaptor 600 – Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!
BACA >>> Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

Ford Ford Motor Company Ford Ranger Ford Ranger (2022) Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.