Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Saga Diekori Peronda JPJ Terbabas, 2 Maut dengan 3 Lagi Cedera
Auto Terkini

Saga Diekori Peronda JPJ Terbabas, 2 Maut dengan 3 Lagi Cedera

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA individu terbunuh manakala tiga penumpang lain cedera selepas kenderaan yang mereka naiki dilaporkan hilang kawalan dan terbabas Jalan Jeti SFI, Sipitang di Sabah petang semalam.

Berdasarkan laporan, Proton Saga yang terlibat dalam nahas itu dipandu laju selepas menyedari mereka ‘dikejar’ kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Insiden jam 5.08 petang itu menyebabkan pemandunya, Mohd. Khairul Abdullah, 19 dan penumpang Norsiah @ Bibi Faizal, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga penumpang lain (hadapan dan belakang) berumur lapan, 16 dan 17 tahun mengalami kecederaan dengan dua parah, seorang cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Mail Sundongi berkata, polis menerima panggilan daripada anggota JPJ Sipitang memaklumkan tentang kes kemalangan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki lima individu.

Beliau berkata:

Hasil siasatan awal, kereta dinaiki mangsa dari sebuah pasar raya dan menghala pulang ke Kampung Sibubu, Jalan SFI.

“Ketika kereta dinaiki kelima-lima individu terbabit dalam perjalanan pulang, sebuah kenderaan milik JPJ Sipitang yang sedang tugas rondaan mengekori kereta mereka dan memasang ‘beacon light’.

“Apabila pemandu Proton Saga melihat kenderaan JPJ, dia terus memecut laju dan sebaik tiba di jalan selekoh menuruni bukit kereta itu hilang kawalan hingga menyebabkan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar pokok tumbang dibahu jalan.”

Anggota bomba membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam Saga itu. Ambulans membawa mangsa-mangsa cedera ke Hospital Sipitang untuk rawatan.

Mail menjelaskan:

Kebiasannya JPJ memasang ‘beacon light’ supaya kenderaan berkenaan berhenti. Bagaimanapun siasatan masih dijalankan. Mayat kedua mangsa dihantar ke Hospital Sipitang untuk proses bedah siasat.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan seorang mangsa terselamat mendakwa kereta yang mereka naiki ‘dikejar’ kenderaan JPJ.

SUMBER: BeritaHarian

autoterkini Jabatan Pengangkutan Jalan Mail Sundongi Proton Saga
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.