Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP
Roda2

Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VALENTINO Rossi memberikan pujian kepada juara Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) Jonathan Rea kerana memiliki gaya tunggangan yang cantik dan mampu menjadi pelumba kompetitif dalam MotoGP.

Dengan lima kali kejuaraan dalam WorldSBK dengan dominasi yang dilihat seperti tidak mampu dicabar pelumba lain, ramai membayangkan aksi Rea berentap sepenuh masa dalam MotoGP.

Rea kini mendapat sokongan Rossi yang percaya dia, termasuk  seorang lagi rakan pelumba, Toprak Razgatlioglu mampu beraksi baik dalam MotoGP.

BACA >>> Kalendar MotoGP 2020 Didedahkan, Aksi Mula di Sepanyol 19 Julai Ini

Rea menyertai WorldSBK bersama Honda pada 2009 selama enam musim sebelum berhijrah ke Kawasaki Racing Team (KRT) pada 2015 yang membolehkan dia menerokai potensi diri sepenuhnya. Sejak itu, pelumba Ireland tersebut menjadi pelumba WorldSBK paling berjaya dalam sejarah dengan merangkul lima kejuaraan, dan 89 kemenangan.

Rea bukan tidak berminat, tetapi mendedahkan yang dia tidak pernah mendapat tawaran meyakinkan daripada pasukan elit MotoGP. Setakat ini hanya pasukan pengilang dan satelit Aprilia saja yang pernah merisik khidmatnya. Malah Rea tanpa berselindung mengakui berminat bersaing dalam kelas premier MotoGP.

BACA >>> Rea, Lowes Tunggang Uji Kawasaki ZX-25R di Jerez

Terbaharu, Rossi sendiri mengakui kehebatan Rea dan berpendapat gaya tunggangan Rea cukup sesuai dengan aksi MotoGP.

“Aku selalu ikut Superbike (WorldSBK) dan memang suka race tu. Itu kejuaraan dengan persaingan tak pernah gagal, dengan pelumba hebat dan ada beberapa kawan aku kat sana.

“Di Australia, race kerap berlaku dalam berkumpulan dan sangat cantik, dan aksi itu tak pernah gagal. Aku betul-betul sukakan Rea, terutama gaya ride dia yang bantik. Aku rasa dia boleh jadi laju walaupun ride motor MotoGP,” katanya dalam temu bual dengan stesen LaLiga SportsTV.

Pada masa sama The Doctor juga memuji rakan pasukan Yamaha, Razgatlioglu yang menurutnya mampu menjadi pesaing terdekat Rea dalam merebut gelaran juara tahun ini.

“Razgatlioglu ialah rakan satu jenama dan dia banyak buat aku kagum. Dia betul-betul laju dan aku rasa dia boleh jadi lawan yang sukar untuk Rea kalahkan,” katanya.

Jonathan Rea
Toprak Razgatlioglu

Susulan penghijrahan Razgatlioglu dari Kawasaki ke Yamaha, pasukan pengeluar itu kini berminat merekrut pelumba Turki  ke MotoGP pada masa depan.

Pengurus Yamaha WorldSBK, Kenan Sofuoglu mendedahkan yang Razgatlioglu pernah ditawarkan ke MotoGP, tetapi memilih kekal dalam WorldSBK kerana berhasrat menjadi pelumba Turki pertama merangkul kejuaraan dunia motosikal.

BACA >>> Juara WSBK 5 Kali, Rea Mengaku Pernah Kencing dalam Sut Sebelum Berlumba

SUMBER: VisorDown

Jonathan Rea Kejuaraan Dunia MotoGP Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Kenan Sofuoglu roda2 sukan permotoran Toprak Razgatlioglu Valentino Rossi WorldSBK WSBK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.