• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rea, Lowes Tunggang Uji Kawasaki ZX-25R di Jerez

Rea, Lowes Tunggang Uji Kawasaki ZX-25R di Jerez

January 31, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMAN Facebook Kawasaki memuat naik empat foto menunjukkan dua pelumba Kawasaki Racing Team (KRT) WorldSBK menguji jentera ZX-25R.

Menurut portal Jepun, Young-Machine , Jonathan Rey dan Alex Lowes baru sahaja selesai melakukan tunggang uji rasmi ZX-25R di Litar Jerez, Sepanyol.

BACA >>> Kawasaki ZX-25R Sudah Masuk Kilang?

Laporan juga mendakwa ada rakaman video (mungkin sesi tunggang uji di litar) dibuat bagi menunjukkan kemampuan sebenar model 4-silinder sebaris 250cc itu.

Rey dan Lowes dikatakan membuat ujian itu selepas ujian Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) pada 22 dan 23 Januari lalu. Model tersebut khabarnya akan dilancarkan menjelang musim bunga ini.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Perah Sampai 17,000rpm!


Dalam foto gambar atas, fork depan ZX-25R kelihatan seperti bengkok, sekali gus menimbulkan persoalan warga maya. Namun Kawasaki menjawab pertanyaan itu dengan menyatakan ia mungkin disebabkan kesan ilusi optik.

Tiada maklumat diberikan mengenai maklum balas Rey dan Lowes terhadap prestasi ZX-25R. Mereka berdua mungkin barisan pelumba yang paling sesuai untuk memerah kelajuan melepasi garis merah 17,000rpm.

Kawasaki bukan satu-satunya jenama yang sibuk menguruskan jentera suku liter terbaik untuk dilancarkan tidak lama lagi. Honda khabarnya turut sibuk di Jepun untuk mempersiapkan CBR250RR yang khabarnya mampu menyaingi kuasa ZX-25R.

BACA >>> Honda Tambah Kuasa CBR250RR Facelift, Persediaan Hadapi Kawasaki ZX-25R

kawasaki zx-25r jerez (3)
kawasaki zx-25r jerez (2)
kawasaki zx-25r jerez (1)
kawasaki zx-25r jerez (4)

SUMBER: Kawasaki | Young-Machine

Artikel Berkaitan

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alex Lowes, Jonathan Rey, Kawasaki, Kawasaki Racing Team (KRT), Kawasaki ZX-25R, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), roda2, Tunggang Uji, WorldSBK, WSBK

Comments

  1. Jan says

    February 1, 2020 at 6:41 PM

    semoga melebihi 50 kuasa kuda. Tolonglah kawasaki !

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my