• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki ZX-25R Sudah Masuk Kilang?

Kawasaki ZX-25R Sudah Masuk Kilang?

January 24, 2020 By AI 2 Comments

24.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI yakin ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan sportbike 4-silinder, Kawasaki ZX-25R. Namun selagi belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada Kawasaki, memang kena tunggu sajalah.

ZX-25R didedahkan secara global pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, itupun tidak didedahkan perincian spesifikasi jentera berkenaan. Kemudian, selepas beberapa bulan, muncul beberapa maklumat seperti ram udara dan bunyi deruman ekzos model tersebut.

BACA >>> Kenapa Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Menjerit Lain Macam?

Ekzos ZX-25R
Kawasaki-Ninja-ZX-25R_17

Menurut blogger permotoran Indonesia,  IwanBanaran, Kawasaki dijangka melancarkan ZX-25R versi pengeluaran massa di Thailand. Alasannya, Thailand memang sudah menjadi hab pengeluaran model Kawasaki untuk pasaran Asia, sama seperti Ninja 250 FI yang hingga sekarang kekal dikeluarkan di Thailand. Bagaimanapun, Ninja 250 SL dan siri KLX dipasangkan di Indonesia.

Menurut IwanBanaran, berdasarkan pemantauan, vendor Indonesia dikatakan sudah menerima arahan untuk menghasilkan salah satu komponen penting ZX-25R, iaitu silenser ekzos, dan setakat ini komponen itu hanya dihasilkan di negara jiran itu.

BACA>>>Gambarajah Ram Udara Kawasaki Ninja ZX-25R Didedahkan

Kawasaki ZX-25R
Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_21

Tidak mustahil beberapa komponen lain ZX-25R turut dihasilkan di Indonesia, dan mungkin juga dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) untuk mendapatkan tanda harga lebih murah.  Apapun, pengeluaran Ninja ZX-25R masih berpusat di Thailand yang mana pembuatan frem enjin dan komponen lain akan dilakukan di sana.

Jadi ramalannya, ZX-25R versi Indonesia nanti ialah model CKD dari Thailand. Bagaimanakah pula Malaysia? Jika model tersebut dipasangkan di Thailand, peratusan untuk kita menerima jentera 4-silinder itu adalah besar!

Kawasaki Ninja ZX-25R_4
Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_35
Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_10
24.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: ekzos, Ekzos ZX-25R, Kawasaki, Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, sportbike 250cc

Comments

  1. Jan says

    January 26, 2020 at 12:25 PM

    adakah zx25r akan mengalami masalah yang sama seperti zxr250? valve yang terlalu kecil dan mudah putus?
    kalau masalah itu diatasi dengan valve titanum, pasti harga akan mececah 30k ++
    pada pendapat saya, 250cc pada harga diatas 30k adalah terlalu mahal, sebab pada harga itu, boleh dapat 600cc.

    Reply
  2. Salleh Adnan says

    August 20, 2020 at 4:54 PM

    Ini 4 inline la... New Zealand 250 lagi mahal dari 650. So Jgn terkejut harga cecah 40k

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my