Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tunggang Yamaha M1!
Auto Terkini

Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tunggang Yamaha M1!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA Formula Satu (F1) enam kali, Lewis Hamilton dan juara MotoGP sembilan kali, Valentino Rossi baru-baru ini saling bertukar jentera dan pengalaman dalam sukan lumba masing-masing di Litar Valencia, Sepanyol.

Rossi kekihatan memandu Mercedes W08 (2017), manakala Hamilton menunggang jentera milik Rossi tahun lalu, Yamaha YZR-M1 (2018).

Sebelum acara, pelumba satelit Yamaha, Franco Morbidelli memberi tunjuk ajar tentang cara mengendalikan jentera Yamaha kepada Hamilton, termasuk selok belok trek Valencia.  Hamilton pernah bertemu Morbidelli pada aksi pembukaan musim MotoGP di Qatar sebagai tetamu Petronas untuk pasukan Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

Itu juga bukan kali pertama Hamilton menunggang jentera MotoGP kerana tahun lalu beliau diberikan kesempatan menguji  Yamaha R1 M di Litar Jerez sambil dibantu pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Michael van der Mark dan Alex Lowes.

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Hamilton berkata;

“Aku sangat kagum ketika melihat legenda dunia Rossi berada dalam kereta dan teruja tengok beliau mencuba kereta lumba tersebut buat kali pertama, dan mengingatkan aku detik pertama dalam kereta F1. Ia sangat ‘cool’ berada di  litar dan Valentino ada depan aku.”

Itu juga bukan pengalaman pertama Rossi kerana sebelum ini sudah beberapa kali mencuba jentera F1 sejak 2002 hingga timbul spekulasi beliau mungkin bertukar profesion sebagai pelumba kereta selepas aksinya membuat Michael Schumacher kagum. Kali terakhir Rossi memandu kereta F1 adalah pada 2010.

Kata Rossi;

“Aku ialah peminat Lewis dan itu hari menakjubkan yang mana dua kelas teratas sukan motor saling bekerjasama. Saya rasa seperti pelumba F1 sebenar dan tidak mahu hari ini berakhir.

“Aku juga menunggang YZR-M1 dengan Lewis dan itu hari membanggakan pasukan dengan berkongsi minat kami. Secara teknikal, Valencia adalah trek yang sukar dan hari ini berangin hingga ada satu masa aku rasa sangat sukar untuk Lewis teruskan. Tetapi dia bijak kawal motor dan posisi tunggangannya juga bagus.”

HAMILTON MENGAKU TERBABAS

Malang tidak berbau ketika acara menukar jentera , Hamilton mengaku mengalami kemalangan dan terbabas ketika menunggang M1. Sebagai orang baharu menunggang jentera dua roda edisi prototaip berkuasa 270hp, ia tentu menjadi pengalaman sukar dan ditambah pula ada angin kuat.

“Aku tergolek, tetapi nasib baik motor masih boleh pulang ke pit dengan sempurna dan aku masih lagi belajar sedikit demi sedikit dan ia pembelajaran di selekoh tajam,” katanya.

BACA >>> Hamilton Jatuh Ketika Tunggang Uji Yamaha R1 WorldSBK di Sepanyol

Jom layan video!

GALERI

SUMBER: MCN

Formula 1 Lewis Hamilton MotoGP Petronas roda2 Valentino Rossi Yamaha Yamaha YZR-M1
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.