Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1
Auto Terkini

Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1

AryonBy Aryon14/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOS Yamaha, Lin Jarvis pernah berkongsi cerita kenapa Yamaha memilih Jorge Lorenzo untuk menjadi rakan pasukan kepada Valentino Rossi hingga kedua-duanya saling berseteru. Malah, Lorenzo dikatakan menjadi punca Rossi makan hati hingga memaksa beliau berhijrah dan buang masa bersama Ducati.

Menurut Jarvis, Lorenzo dibawa masuk adalah sebagai persediaan menggantikan Rossi kerana pelumba Itali itu dikatakan mahu bertukar selera ke trek Formula Satu (F1). Adakah itu sekadar auta, atau memang betul-betul berlaku?

BACA >>> Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1

Jawapannya memang betul, dan Rossi sendiri mengakui cerita itu. Malah, beliau sudah pun menjalani beberapa siri ujian dengan Ferrari antara 2004-2010 hingga tercetus spekulasi mengatakan The Doctor mahu jadi pelumba F1 sepenuh masa. Lagipun, Ferrari memang pasukan Itali. Siapa lagi nak tolong orang Itali kalau bukan pasukan Itali? Bak kata pepatah, sek kito jange pecoh huk alohhh…

Mazzola mengaku dia dan Schumacher terkejut apabila melihat masa lap Rossi yang power tak ingat!

Lebih menguatkan spekulasi, Rossi mencatatkan masa lap yang mengejutkan pasukan Ferrari sendiri, cuma satu saat di belakang juara F1 tujuh kali, Michael Schumacher. Ini diakui jurutera Ferrari, Luigi Mazzola;

Aku tak ingat sebenarnya berapa banyak kami kautim dengan Rossi, tak kurang tujuh kali rasanya.

“Masa ujian pertama, berbelas kali juga dia berpusing. Tapi semakin lama memandu, dia dapat masa lap yang cukup menakjubkan. Aku betul-betul ingat masa tengok data dengan Schumacher. Muka Schumi (panggilan Schumacher) macam hairan gila, macam tak percaya.”

Rossi turut ditanya Gazetta dello Sport mengenai cerita lama itu. Jawabnya, ya, memang betul beliau sudah bersedia berhijrah sebagai pelumba F1, tetapi terpaksa menolak kerana Ferrari tidak bersedia menerimanya dalam pasukan utama.

Aku dah selesai banyak ujian untuk Ferrari dan kami pun duduk dengan pasukan pengurusan, siap ada pelan lengkap untuk persediaan karier dalam F1.

“Tapi, depa tetiba cakap aku kena bawa kereta yang slow sebagai persediaan, dan aku patut jadi test driver Ferrari dulu. Sebab itu la aku tolak tawaran depa. Aku champion kot. Apa benda nak kena jadi test driver pulakkannn…” ujar Rossi sambil menunjal mesra kepala seorang pelayan yang baru menghantar jus oren.

** PERHATIAN: Fakta adalah betul, cuma gaya bahasa diolah dan beberapa aksi sengaja ditambah supaya nampak lebih dramatik. Kesulitan sangat dihargai.

BACA >>> Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tuggang Yamaha M1!

SUMBER: VisorDown

F1 Ferrari Formula Satu (F1) JL99 Jorge Lorenzo Lin Jarvis Luigi Mazzola Monster Energy Yamaha MotoGP The Doctor Valentino Rossi VR46 Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.