Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Rolls-Royce Phantom Edisi Timur Tengah Guna Motif Masjid, Kota Kubu dan Bunga
Roda4

Rolls-Royce Phantom Edisi Timur Tengah Guna Motif Masjid, Kota Kubu dan Bunga

Han OthmanBy Han Othman03/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIMUR Tengah ialah rantau yang sangat penting bagi Rolls Royce. Walaupun jualan di sana dilaporkan agak lembap, tetapi tetap kekal sebagai pasaran ketiga terbesar dunia bagi pengeluar kereta mewah British itu. Jadi tidak hairanlah kenapa begitu banyak model buatan khas dikeluarkan untuk memenuhi kehendak pasaran rantau tersebut, terutama bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang dikenali umum sebagai tempat bersemayam manusia-manusia kaya di planet Bumi.

Semestinya model edisi khas yang dihasilkan menampilkan elemen tradisi, budaya dan suasana Timur Tengah yang sinonim dengan gurun berpasir, unta, masjid dan budaya arab. Lihatlah tiga model Rolls-Royce Phantom di bawah ini yang dibikin khas untuk pasaran Timur Tengah, di mana setiap satu direka berbeza.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Rolls-Royce Cullinan, SUV Pertama Jenama Mewah British

Anda tidak akan jumpa rekabentuk sama di bahagian dunia lain. Kalau mahu melihat atau merasa, kenalah menginap di UAE.

KETENGAH ELEMEN TIMUR TENGAH

Sebagai memenuhi permintaan pengedar terbesar Rolls Royce di Abu Dhabi, barisan model Wisdom Collection (Koleksi Hikmah) berikut dihasilkan dengan mengambil ilham mercu tanda dan simbol UAE. Tiga model edisi khas di bawah ialah model Phantom, iaitu sedan mewah saiz penuh dalam segmen-F dengan enjin 6.75L V12 bersama transmisi automatik 8-kelajuan ZF berkuasa 453hp pada 5,350rpm dan tork 720Nm (3,500).

Mari saksikan bersama-sama:

1. ROLLS-ROYCE PHANTOM MASJID BESAR SHEIKH ZAYED

Rolls-Royce Phantom di atas diinspirasikan daripada rekaan Masjid Besar Sheikh Zayed sebagai antara mercu tanda utama di ibu kota Abu Dhabi. Badan kereta menampilkan warna cat dua tona, putih dan emas, manakala ruang dalaman diberikan kemasan sulaman bunga. Motif bunga halus dalam kabin itu dikatakan mengambil masa 800 jam membabitkan 400,000 jahitan untuk disempurnakan. Hasilnya, lihatlah sendiri.

BACA >>> Mahu Ambil Hati Pak Arab, Rolls-Royce Buka Bilik Pameran Terbesar Dunia di Abu Dhabi

2. ROLLS-ROYCE PHANTOM COUPE KOTA KUBU QASR AL-HOSN

Begitu juga Rolls-Royce Phantom Coupe, model ini dibikin berasaskan bangunan batu tertua di Abu Dhabi, iaitu kota kubu Qasr al-Hosn yang juga digelar ‘Kota Putih’ atau ‘Kota Lama’. Jadi, warna badan model dicat warna biru-putih dengan perincian emas, di mana biru mewakili pemandangan langit yang melatari kota kubu, manakala putih ialah warna monumen bersejarah itu sendiri. Emas? Sudah tentu itu kemasan yang melambangkan kemewahan.

BACA >>> Rolls-Royce Bina Kereta Mainan Elektrik untuk Hiburkan Kanak-Kanak Sakit di Hospital

3. ROLLS-ROYCE PHANTOM DROPHEAD DESERTROSE (MAWAR PADANG PASIR)

Akhir sekali dalam siri Phantom edisi Timur Tengah ialah model Drophead Coupe bertemakan mawar padang pasti atau Desert Rose dengan penampilan warna putih dan merah wain gelap. Drophead dalam model Rolls-Royce ialah kereta versi bumbung terbuka yang mana sesetengah pengeluar menggunakan terma konvertibel atau cabriolet. Ruang dalaman diberikan kemasan putih cerah dengan trim benang merah gelap yang diserlahkan bersama kemasan kayu coklat gelap.

BACA >>> Rolls Royce Bawa Raja George VI, Winston Churchill dan Presiden Eisenhower Dijual Lebih RM1 Juta


Bagaimana, memang cantik bukan? Sebenarnya, ada beberapa model Rolls-Royce lain seperti Wraith dan Ghost yang bertemakan Timur Tengah. Tetapi kami tinggalkan dulu dengan model Phantom untuk dihayati. Maklumlah, bukankah kesenian dan kecantikan perlu dihayati betul-betul? 😀

SUMBER: Car Scoops

Abu Dhabi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Masjid Besar Sheikh Zayed Qasr al-Hosn Roda4 Rolls-Royce Rolls-Royce edisi Timur Tengah Rolls-Royce Phantom Rolls-Royce Phantom Coupe Rolls-Royce Phantom Drophead
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.