• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mahu Ambil Hati Pak Arab, Rolls-Royce Buka Bilik Pameran Terbesar Dunia di Abu Dhabi

Mahu Ambil Hati Pak Arab, Rolls-Royce Buka Bilik Pameran Terbesar Dunia di Abu Dhabi

May 8, 2017 By Azhan O 1 Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EMIRIYAH Arab Bersatu (UAE) boleh dianggap sebagai syurga buat golongan kaya kerana segala kemewahan ada di sana. Tidak hairanlah pengeluar kereta mewah berlumba-lumba mahu membuka bilik pameran bersaiz gergasi di sana.

Rolls-Royce ialah antara pengeluar kereta mewah yang baru saja membuka bilik pameran di ibu kota UAE, Abu Dhabi dalam bandar Umm Al Nar di kawasan berkeluasan 900 meter persegi. Kapasiti kemudahan tersebut mampu mempamerkan lima model Rolls-Royce atas lantai pameran yang turut menyediakan kawasan senggara, bar kopi dan ruang istirahat, di mana pemilik boleh memilih gaya cita rasa peribadi yang mahu diterapkan pada kereta mereka dari segi warna, trim dan opsyen lain.

BACA >>> Bilik Pameran Lamborghini Terbesar Dunia Ada di Dubai, Bukan Itali

PELUASAN PASARAN DI RANTAU TELUK

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rolls-Royce, Torsten Muller-Otvos berkata, pembukaan bilik pameran di Abu Dhabi itu boleh dianggap mewakili usaha Rolls-Royce dalam meluaskan pasaran jenama itu ke seluruh rantau Teluk sejak 18 bulan lalu.

"Pelaburan ini menandakan keyakinan pengedar yang berterusan terhadap jenama Rolls-Royce di Timur Tengah.

"Timur Tengah akan terus menjadi peneraju penting dalam pertumbuhan global Rolls-Royce Motor Cars. Tahun lalu, rantau ini menyumbang lebih 15 peratus jualan global kami. Abu Dhabi tidak terkecuali yang terus menunjukkan tahun pertumbuhan luar biasa," kata Otvos lagi.

KOLEKSI ECTASY CENTENARY

Rolls-Royce-Spirit-of-Ecstacy-Centenary-Collection-3
Rolls-Royce-Spirit-of-Ecstacy-Centenary-Collection-2
Rolls-Royce-Spirit-of-Ecstacy-Centenary-Collection-1

Fakta itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana lapan daripada 82 pengedar Rolls-Royce seluruh dunia berpangkalan di Timur Tengah. Jadi, sempena meraikan pembukaan bilik pameran tersebut, Rolls-Royce mempamerkan koleksi seabad Spirit of Ecstasy, menerusi model Phantom Drophead Coupe.

Model tersebut cuma dihasilkan 100 unit dan dibina khas sebagai menyambut legasi Spirit of Ectasy, iaitu patung perempuan sedang tunduk sambil menghayun lengan ke belakang, yang menghiasi semua bonet kereta Rolls-Royce sejak seabad lalu.

Setiap model koleksi didatangkan dengan perincian rekabentuk seperti lencana RR hitam-putih dan patung legenda, Spirit of Ectasy yang bermandikan cahaya putih.

SUMBER: Car Scoops

Artikel Berkaitan

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Abu Dhabi, bilik pameran Rolls-Royce terbesar dunia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Koleksi Ecstasy Centenary, Phantom Drophead Coupe, Roda4, Rolls-Royce, Spirit of Ecstasy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike Karizma XMR Masuk Pasaran India, Harga Terkini RM10.2k!
    Sportbike Karizma XMR Masuk Pasaran India, Harga Terkini RM10.2k!
  • Lagi Klon Ducati di China, Ducasu DK400 Tiru Ducati Supersport 950 S?
    Lagi Klon Ducati di China, Ducasu DK400 Tiru Ducati Supersport 950 S?
  • Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR
    Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR
  • #Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu
    #Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my