Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rins Bantu LCR Catat Kemenangan Pertama MotoGP 2023, Pecco Terbabas!
Auto Terkini

Rins Bantu LCR Catat Kemenangan Pertama MotoGP 2023, Pecco Terbabas!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GP Amerika (Red Bull Grand Prix of The Americas) membuktikan apa-apa boleh terjadi dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 yang menyaksikan Alex Rins (LCR Honda Castrol) mendapat kelebihan selepas Francesco Bagnaia aka Pecco (Ducati Lenovo Team) terbabas.

Rins menjadi pelumba Honda pertama meraih podium musim 2023 dan aksi semalam adalah kemunculan ketiga beliau bersama LCR Honda.

Wow wow wow! 🤯@Rins42 LEADS on the Honda and @FabioQ20 and @Luca_Marini_97 are launched into the podium places! 😮#AmericasGP šŸ‡ŗšŸ‡ø pic.twitter.com/e4eC5z4EyJ

— MotoGPā„¢šŸ (@MotoGP) April 16, 2023

Luca Marini (Mooney VR46 Racing Team) berjaya memintas dan menghalang Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) daripada menduduki podium kedua dan terpaksa berpuas hati di podium ketiga sebagai kemenangan pertama musim ini.

Perlumbaan Austin menyaksikan permulaan baik dengan BagnaiaĀ mendahului barisan pelumba sambil dikejar Rins.

Drama pusingan pertama tercetus selepas dua pelumba Ducati terbabas, iaitu Alex Marquez (Gresini Racing MotoGPā„¢) dan Jorge Martin (Prima Pramac Racing). Malah, pelumba harapan Aprilia, Aleix Espargaro (Aprilia Racing) juga terbabas di pusingan pertama.

Jack Miller (Red Bull KTM Factory Racing) tidak menunggu lama untuk mara ke tempat ketiga saingan dari posisi ke-10 di grid lumba. Quartararo mengekor rapat pelumba Australia itu, manakala Marini melengkapkan senarai lima pelumba di depan.

Pecco dilihat berada dalam tekanan untuk cuba meluaskan jarak masa dengan Rins, tetapi pelumba LCR Honda pula nampak lebih tenang dan terus mengekori juara dunia GP 2022 itu.

Akhirnya, Pecco terbabas akibat kecuaian sendiri dan Rins mendapat kelebihan mendahului perlumbaan hingga melepasi garisan penamat. Miller pula terbabas ketika perlumbaan berbaki 14 lap.

Kejatuhan pelumba KTM itu membolehkan Quartararo menduduki tempat ketiga dalam saingan dan di posisi kedua selepas Bagnaia terbabas.

Marini menghantui semua pergerakan Quartararo dan pelumba Itali itu dapat memintas El Diablo, tetapi gagal mengejar Rins. Quartararo memperlihatkan jentera YZR-M1 kurang daya pecutan dan mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Tiga pelumba, iaitu Maverick Vinales (Aprilia Racing), Miguel Oliveira (CryptoDATA RNF MotoGP Team) dan Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing Team) masing-masing bersaing merebut tempat keempat.

Vinales berjaya menyekat Oliveira dan Bezzecchi untuk melepasi garisan penamat selepas Quartararo. Oliveira di tempat kelima, manakala Bezzecchi akur di posisi keenam.

Johann Zarco (Prima Pramac Racing), dan Franco Morbidelli (Monster Energy Yamaha MotoGP) melengkapkan senarai pelumba tempat ketujuh dan kelapan.

KEDUDUKAN 10 TEMPAT TERATAS GP AMERIKA 2023

  1. Alex Rins – (LCR Honda Castrol)
  2. Luca Marini – (Mooney VR46 Racing Team) + 3.498
  3. Fabio Quartararo – (Monster Energy Yamaha MotoGP) + 4.936
  4. Maverick Vinales – (Aprilia Racing) + 8.318
  5. Miguel Oliveira – (CryptoDATA RNF MotoGP Team) + 9.989
  6. Marco Bezzecchi – (Mooney VR46 Racing Team) + 12.049
  7. Johann Zarco – (Prima Pramac Racing) + 12.242
  8. Franco Morbidelli – (Monster Energy Yamaha MotoGP) + 20.399
  9. Fabio di Giannantonio – (Gresini Racing MotoGP) + 27.981
  10. Augusto Fernandez – (Tech3 GASGAS Factory Racing) + 28.217

BACA >>>Ā Quartararo Kecewa Enjin Baharu Yamaha Tidak ‘Power’ Lemau Macam M1 Lama
BACA >>>Ā #MotoGP2023: Bezzecchi Juara GP Argentina! Tanda Kebangkitan Pasukan Rossi?

SUMBER: MotoGP |

2023 GP Amerika Alex Rins Francesco Bagnaia MotoGP Red Bull Grand Prix of The Americas roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my Ā· GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.